web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Tahan Lelaki Rasuah Penguatkuasa, Lindungi Kegiatan Judi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 8:15AM

Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguatkuasa sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya, kira-kira 11 pagi tadi.

Difahamkan dua orang suspek wanita masing-masing berusia 23 tahun dan 57 tahun turut ditahan bersama lelaki itu yang juga ketua kumpulan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau yang menjalankan kegiatan judi haram, dipercayai sejak tahun lepas.

Turut dirampas sejumlah wang tunai kira-kira RM40,000 dan sitaan akaun lebih RM300,000 melibatkan empat akaun bank dipercayai hasil daripada kegiatan judi haram.

Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata semua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata beberapa tangkapan susulan berkaitan kes itu akan dijalankan tidak lama lagi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan