web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FDAM Mohon Kerajaan Segerakan Vaksin Untuk Penggiat Industri Kreatif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 10:19AM

“Dalam Tanpa vaksinasi COVID-19, sukar bagi stesen atau penerbut untuk menerbit atau membekalkan program baharu, bimbang risiko jangkitan di kalangan pekerja. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) merayu kerajaan agar segera melaksana program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif yang turut menyumbang kepada usaha menangani pandemik COVID-19 secara langsung mahupun tidak langsung.

Presidennya, Dr Ahmad Ibrahim berkata penggiat industri itu terdiri daripada semua pekerja yang terlibat dalam bidang penerbitan drama, filem cereka, iklan, dokumentari dan berita sama ada di stesen penyiaran mahupun syarikat persendirian.

“Stesen televisyen perlu menyiarkan program baharu sama ada drama, hiburan atau dokumentari terutama yang membawa mesej berkaitan COVID-19. Walaupun stesen TV boleh menerbitkan sendiri program mereka, ia tidak mencukupi. Banyak program perlu diperoleh daripada luar terutama drama dan iklan.

“Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku dalam kalangan pekerja yang tidak diberi vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, beliau berkata isu paling utama ialah kelangsungan hidup penggiat industri yang bergantung 100 peratus kepada kerja penerbitan sebagai mata pencarian, dengan lebih 90 peratus daripada mereka merupakan karyawan bebas yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Sudah sebulan lebih kami tidak bekerja dan tiada bentuk bantuan khusus dirancang oleh kerajaan.    

“Sepatutnya rangka perancangan vaksin berkelompok ini diwujudkan dan pusat pemberian vaksin khusus untuk media dan penggiat seni ditubuhkan dua bulan lepas,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan