web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Empat Nelayan Degil Guna Bubu Naga Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 11:07AM

Bubu naga yang dirampas oleh APMM Perak. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KURAU - Empat nelayan yang masih degil menggunakan bubu naga semata-mata untuk memperoleh hasil lumayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, semalam.

Walaupun mengetahui penggunaan bubu naga akan merosakkan khazanah serta hasil laut, namun keempat-empat mereka masih menggunakan hampir 20 set bubu di kawasan 1.8 batu nautika barat laut muara Kuala Kurau, di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot mencurigakan ketika mengadakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat nelayan di atas bot berkenaan, dengan dua daripadanya adalah warga tempatan manakala bakinya ialah rakyat Indonesia.

Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati permit kerja kedua-dua nelayan warga Indonesia itu sudah tamat tempoh.

“Anggota kemudiannya menemui 20 set bubu naga yang disyaki digunakan untuk menangkap hasil laut di dalam bot berkenaan.

“Kesemua nelayan bersama bot serta peralatan menangkap ikan itu ditahan dan dibawa ke jeti Kuala Kurau untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Sharenliza berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana memiliki peralatan menangkap ikan tidak dilesenkan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan dokumen tamat tempoh.

Katanya, nelayan diberi amaran supaya tidak menggunakan bubu naga kerana ia boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain. - Getaran, 22 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan