web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sia-Sia Terjun Jejambat, 3 Suspek Pecah Rumah Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 9:51AM

Kereta Produa Myvi berwarna biru yang dinaiki suspek dikepung oleh kenderaan polis. - Gambar dari Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tindakan tiga lelaki dipercayai suspek dalam kes pecah rumah yang terjun dari jejambat (flyover) semata-mata ingin melarikan diri daripada ditahan polis, ternyata sia-sia.

Bukan sahaja akhirnya berjaya ditahan,  ketiga-tiga mereka turut dilaporkan cedera akibat tindakan itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner (ACP) Dzulkhairi Mukhtar berkata, sepasukan anggota yang sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di tepi jalan Seri Orkid berhadapan Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini di sini, jam 4.45 pagi semalam, terserempak dengan sebuah Perodua Myvi berwarna biru yang mencurigakan.

“Anggota bertugas telah mengarahkan pemandu kenderaan itu supaya berhenti, namun tidak diendahkan dan kereta terbabit terus memecut laju ke arah jalan besar menuju ke Skudai.

“Ketika diekori polis, kereta terbabit telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Tampoi berdekatan Angsana Johor Bahru Mall menyebabkan ia berjaya ditahan,” katanya hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati terdapat empat lelaki berusia antara 22 hingga 30 tahun yang semuanya adalah penganggur.

Beliau menarik perhatian, ketika proses tangkapan itu dibuat, tiga daripada suspek telah bertindak terjun dari ‘flyover’ berhampiran lokasi.

“Bagaimanapun, mereka berjaya ditahan dan mengalami beberapa kecederaan iaitu patah tangan, bahu dan pinggang,” katanya.

Hasil semakan, Dzulkhairi berkata, tiga daripada empat suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan awal juga mendapati, mereka disyaki turut terbabit dalam kes pecah rumah di kawasan Jalan Bakti, Mutiara Rini di sini.

Ketika tangkapan itu, polis turut merampas dua topi keledar, sebuah radio dan dua pembesar suara, selain sebuah mesin pemotong, dua telefon bimbit, pemotong bunga, sarung tangan, pemutar skru, penukul dan pelayar boleh laras serta kereta terbabit.

“Suspek yang mengalami kecederaan kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ujian saringan air kencing serta proses reman akan dibuat selepas ini,” jelas Dzulkhairi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. - Getaran, 23 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 16 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad