web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Mungkin Jadi Endemik, Perlukan Pendekatan Berbeza - Dr Jemilah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 6:11PM

Dr Jemilah Mahmood - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COVID-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, justeru pendekatan berbeza diperlukan untuk menanganinya, kata Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Beliau berkata hal ini diperlukan sekalipun negara berjaya menurunkan bilangan kes harian serta mencapai imuniti kelompok.

“Seperti denggi, kita terus mengambil langkah pencegahan dari segi kebersihan diri.

“Mungkin kita perlu meneruskan amalan pemakaian pelitup muka di tempat sesak dan amalan ini agak meluas di banyak negara di Asia Timur seperti Jepun dan China,” katanya dalam program Mid-Day Update yang disiarkan Bernama TV hari ini.

Dr Jemilah berkata suntikan vaksin bermusim juga mungkin diperlukan untuk mengawal COVID-19  seperti yang dilakukan di Eropah bagi mengekang flu atau demam selesema bermusim.

Mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata pelan itu mengetengahkan petunjuk dan sasaran yang perlu dicapai oleh Malaysia untuk mengawal pandemik tersebut.

Beliau berkata PPN merupakan pelan hala tuju negara untuk keluar daripada krisis kesihatan akibat pandemik COVID-19.

“Setiap pelan pemulihan bergantung pada beberapa faktor. (Dalam kes ini) pemacu utama ialah petunjuk kesihatan awam, kapasiti sistem kesihatan untuk menampung serta kadar vaksinasi kita kerana kita tidak boleh berterusan berada di bawah sekatan pergerakan penuh sedangkan ekonomi perlu dihidupkan semula dan berkembang,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Jemilah berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan amat penting kepada kejayaan PPN kerana kedua-duanya bergerak seiring bagi mencapai imuniti kelompok menerusi pemvaksinan ke atas 70 hingga 80 peratus penduduk negara.

Pada 15 Jun lepas, Muhyiddin mengumumkan PPN, satu strategi untuk mengeluarkan negara daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19 menerusi empat fasa.

Dr Jemilah juga bersetuju dengan pandangan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bahawa WHO patut meminta semua negara mengiktiraf semua jenis vaksin COVID-19 yang disenaraikan oleh pertubuhan itu.

“Jika WHO telah iktiraf, maka ia harus diiktiraf oleh semua negara lain di dunia ini. Kita tidak boleh terperangkap dalam geopolitik vaksin, kita perlu pastikan semua orang dilindungi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad