web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Turut Diberikan Kepada Bukan Warga Malaysia Secara Percuma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 2:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini akan turut melibatkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warga negara yang menetap di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ia termasuk diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan warga asing, pekerja asing dan pemegang kad  Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

''Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana ia akan dilaksanakan. Kita akan meminta kerajaan negeri, kedutaan asing dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu,'' kata Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, menerusi ciapannya hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam satu kenyataan berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuara Jemaah Menteri, selari dengan tema Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu `Lindung Diri, Lindung Semua' serta menerusi pendekatan `tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat'.

Bagaimanapun beliau berkata, keutamaan vaksin adalah kepada rakyat Malaysia.

``Keputusan pemberian secara percuma ini dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COVID-19 yang diperolehi oleh Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warga Malaysia yang layak menerima,'' katanya.

Ia juga adalah disebabkan beberapa faktor iaitu persekitaran selamat serta bebas COVID-19 hanya boleh dicapai seramai mungkin sekiranya penduduk Malaysia diberikan vaksin.

''Dalam tempoh pandemik, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan. Rekod jumlah pesakit yang ramai adalah menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dalam sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan.

''Selain itu, kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi adalah akibat daripada jangkitan kepada kluster pekerja asing,'' katanya.

Selain itu, JKJAV juga mengambil kira pekerja asing yang menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan menyumbang kepada ekonomi negara serta layanan sebahagian negara luar yang turut memberikan vaksin kepada warga Malaysia di luar negara. - Getaran, 11 Februari 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Politik 23 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri