web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Johor Kecewa, Kadar Vaksinasi COVID-19 Perlahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 8:18AM

Setakat ini hanya 10% daripada 3.78 juta populasi di Johor menerima suntikan vaksin menerusi program PICK. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap kadar vaksinasi di negeri ini yang dilihat masih perlahan.

Baginda bertitah, setakat ini hanya 10 peratus daripada 3.78 juta populasi di negeri ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Baginda turut menyeru kerajaan pusat untuk mempertingkatkan lagi bekalan serta kadar vaksinasi  termasuk di Johor.

“Kadar pemberian vaksin masih rendah dan perlu dipertingkatkan dengan segera. Saya menyeru kerajaan pusat supaya mempertingkatkan jumlah bekalan vaksin kepada Johor.

Jentera kerajaan negeri bersedia untuk memberikan 50,000 suntikan sehari dengan sasaran memvaksinasikan  50 peratus populasi Johor dalam tempoh dua bulan,” titah Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi baginda semalam.

Baginda bertitah demikian selepas menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, Penasihat Undang-Undang Johor Amir Nasruddin dan  Pengarah  Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.

Sultan Ibrahim pada masa sama turut menzahirkan kebimbangan berdasarkan maklumat yang dipersembahkan mendapati jangkitan di tempat kerja, kawasan perindustrian serta pembinaan menjadi penyumbang utama kepada bilangan kes setiap hari.

Baginda bertitah keadaan menjadi lebih parah apabila 69 peratus kes baharu adalah jangkitan sporadik dalam masyarakat yang tidak dapat dipastikan puncanya.

“Langkah penyelesaian yang terbaik hanyalah dengan pemberian vaksin kepada semua rakyat dengan cepat dan menyeluruh. Ini telah terbukti berjaya di banyak negara yang telah melaksanakannya,” titah baginda.

Sementara itu, menerusi info grafik yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor menunjukkan setakat 20 Jun, jumlah kumulatif dos vaksin yang telah diberikan kepada rakyat di negeri ini membabitkan 370,186 dos pertama dan 160,007 dos kedua. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan