web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas 5 Lori, Seorang Pemandu Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 11:31AM

Pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan di Kilometer 288.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Simpang Pulai, di sini, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pemandu lori maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berat itu yang bertembung sesama sendiri di Kilometer 288.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Simpang Pulai, di sini, malam tadi.

Nahas kira-kira jam 10 malam itu mengakibatkan Ahmad American Ahmad Danial, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah dan tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai nahas itu pada jam 10.01 malam tadi.

Menurut beliau, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM Perak dari BBP Pasir Puteh digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Mangsa yang maut adalah pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) yang dipercayai bertembung dengan empat lori lain.

“Kejadian dipercayai turut mengakibatkan tiga lagi mangsa dari lori berlainan cedera namun hanya dua sahaja memerlukan bantuan pihak bomba, manakala yang lain terlebih dahulu dikeluarkan dari kenderaan masing-masing atas pertolongan orang awam,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Kami turut menggunakan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) untuk mengesan kebocoran namun tiada sebarang kejadian seumpamanya dikesan pada tangka LPG berkenaan,” tambahnya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.10 pagi tadi.

Dalam pada itu, @plustrafik memaklumkan nahas turut mengakibatkan aliran trafik terhenti disebabkan lorong kiri dan kanan lebuh raya terhalang.

Trafik kembali lancar pada jam 6.46 pagi ini sebaik kerja-kerja pengalihan dilakukan. – Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan