web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Belum Terima Vaksin, Nyawa Petugas SWCorp Pahang Dalam Bahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 12:24PM

Pekerja Alam Flora melakukan kutipan sisa pepejal domestik. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lebih ramai pekerja syarikat pembersihan awam berdepan risiko dijangkiti wabak COVID-19, selagi mereka tidak menerima vaksin masing-masing dalam masa terdekat.

Jika bulan April lalu, kira-kira 600 ahli keluarga dan kakitangan syarikat konsesi Alam Flora Sdn Bhd daerah ini diminta tampil melakukan ujian calitan, 15 Jun lalu, tiga pekerja syarikat berkenaan pula dilaporkan positif COVID-19 selepas membuat saringan berikutan mengalami demam sejak pertengahan bulan ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, masalah ini tidak mustahil terus berulang pada masa hadapan, jika pekerja pembersihan awam tidak diberikan akses untuk mendapatkan vaksin lebih awal.

“Kalau boleh, saya minta kerjasama kerajaan Pahang untuk memperhalusi perkara ini dan mempertimbangkan supaya mereka (pekerja pembersihan awam) turut diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin.

“Saya fikir permohonan ini adalah sangat rasional kerana pekerja pembersihan awam juga antara petugas barisan hadapan dan perlu keluar setiap hari untuk menjalankan tugas mereka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Sharudin berkata, masalah berkenaan akan terus berlarutan selagi kumpulan petugas terbabit tidak menerima vaksin, dan ia turut mendedahkan ahli keluarga mereka kepada risiko dijangkiti virus maut itu.

“Selagi mereka tidak mendapat vaksin, saya fikir benda ini boleh berlaku lagi dan kita bukan sahaja risau dengan keselamatan pekerja semata, tapi nasib ahli keluarga mereka jika didapati positif,” katanya.

Sharudin Hamid
Sharudin Hamid

Pada 14 April lalu, 558 petugas Alam Flora dan ahli keluarga mereka diminta menjalani ujian calitan, sebelum menjalani kuarantin susulan kewujudan Kluster Indera Mahkota, yang dikatakan berpunca dari tempat kerja.

Insiden itu menyaksikan SWCorp terpaksa meminta bantuan kakitangan Alam Flora dari daerah lain bagi membantu menguruskan kutipan sisa pepejal domestik di daerah ini mengikut jadual ditetapkan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan kes positif terbaharu membabitkan kakitangan Alam Flora Kuantan, Sharudin berkata, setakat ini lebih 200 sampel ujian calitan sudah diambil untuk diuji oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

“Buat masa ini, hanya tiga kes (positif) dikesan dan mereka tidak mempunyai kontak rapat di peringkat depoh (tempat kerja) kerana sudah menjalani kuarantin lebih awal sebaik disahkan positif.

“Kita juga sudah meminta kira-kira 200 pekerja lain melakukan ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga dan kita masih menunggu laporan seterusnya daripada mereka (Jabatan Kesihatan Negeri Pahang),” katanya.

Sharudin turut memberi jaminan tidak akan berlaku masalah kelewatan kutipan sisa pepejal domestik di daerah ini dan semuanya akan diuruskan mengikut jadual yang sudah ditetapkan.

Katanya, jika jumlah pekerja Alam Flora yang perlu menjalani kuarantin wajib meningkat, SWCorp akan menggunakan perkhidmatan kakitangan sokongan bagi melancarkan proses kutipan sisa pepejal bagi memastikan tidak timbul masalah lain. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad