web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOT Tahu Kesan Penjualan Lapangan Terbang Subang - MAHB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 6:18PM

Risiko peralihan trafik khususnya kepada penerbangan langsung dari KLIA dijangka berlaku jika LTSAAS diswastakan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) telah dimaklumkan bahawa penjualan Lapangan Terbang Subang kepada syarikat swasta WCT Holdings akan mengakibatkan ‘kerosakan kekal’ kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Kerugian itu diketengahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam surat bertarikh 28 April 2021 yang dihantar kepada Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak.

Penjualan lapangan terbang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) itu akan menjejaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara langsung sebagai hab penerbangan global.

Tegas Shukrie, KLIA akan kehilangan daya saing dengan kewujudan lapangan terbang serantau seperti Changi di Singapura dan Suvarnabhumi di Bangkok.

“Ia dapat dilihat menerusi model dibuat Singapura membabitkan (lapangan terbang) Changi-Seletar bagi segmen penerbangan yang berbeza namun saling melengkapi  ekosistem sebuah lapangan terbang yang terbaik.

“Ini harus menjadi contoh dan model bagi gabungan KLIA-LTSAAS. Ketidaksinambungan rangkaian hab mengakibatkan ketidakcekapan, pengurangan tawaran penerbangan di KLIA dan kemerosotan nilai hab KLIA,” tegas Shukrie.

Penjualan LTSAAS kepada WCT yang dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim menerima tentangan kuat dari pelbagai kesatuan pekerja MAHB.

Tiga hari lepas, gabungan kesatuan pekerja MAHB mendedahkan bahawa kerajaan masih berkeras mahu menjual LTSAAS kepada WCT Holdings.

Shukrie menarik perhatian, risiko peralihan trafik yang ketara khususnya kepada penerbangan langsung (point-to-point) dari KLIA, termasuk ke atas destinasi domestik juga dijangka berlaku jika LTSAAS diswastakan.

“Syarikat penerbangan yang berpangkalan di KLIA akan menurunkan harga tiket agar terus bertahan dan mengekalkan penumpang di dalam rangkaian perkhidmatan mereka.

“Ini akan menambah buruk lebihan kapasiti yang telah dialami sekian lama,” jelas beliau.

Penjualan lapangan terbang itu dianggarkan berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 bilion, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi LTSAAS yang hanya akan tamat pada 2069. - Getaran, 24 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Stabilkan Pesakit Dalam Penerbangan, Dr Annuar Terima Surat Penghargaan MAG

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan