web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 6 Lagi Kes Positif Libatkan Varian Beta, Delta Dikesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 8:37PM

Gelagat seorang kanak-kanak berhadapan petugas kesihatan yang ujian saringan COVID-19 ketika tinjauan di Kaunter Saringan Kontak Rapat, Kompleks Sukan Labuan pada 10 Jun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan enam lagi kes positif COVID-19 melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) di negara ini bagi tempoh 20 hingga 22 Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu melibatkan lima kes varian Beta (B.1.351) dan satu kes varian Delta (B.1.617.2).

“Bagi varian Beta, dua kes dikesan di Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Sabah, Kedah dan Perlis, manakala satu kes varian Delta di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus melibatkan VOC dan Variant Berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 189 kes.

Katanya daripada jumlah yang dikesan itu, 173 kes adalah VOC manakala 16 kes VOI.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebarang permohonan dan rayuan untuk memendekkan tempoh kuarantin bagi mereka yang masuk ke negara ini, perlu melalui proses penilaian sangat ketat.

“Pelbagai rayuan diterima Jawatankuasa Home Surveillance Order (HSO) di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dan rayuan ini rata-ratanya berkaitan permohonan pengecualian dan pemendekan tempoh kuarantin oleh pengembara pulang dari luar negara atas sebab tertentu.

“KKM memahami pelbagai situasi peribadi yang mereka hadapi, namun pada masa sama KKM perlu kekal serius dalam pelaksanaan dasar kuarantin ini bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 dari luar negara dapat diminimakan,” katanya.

Malaysia sebelum ini melanjutkan tempoh kuarantin wajib kepada 21 hari ke atas pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan di stesen kuarantin ditetapkan kerajaan.

Pengembara dari lain-lain negara pula dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin, namun, tempoh kuarantin itu akan dilanjutkan selama tujuh hari sekiranya terdapat keperluan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan kepada pengembara tersebut pada hari ke-14.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pelanjutan tempoh kuarantin itu sangat penting bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dari luar negara tidak berlaku terutamanya melibatkan VOC dan VOI.

“Varian ini didapati lebih cepat merebak serta menyebabkan risiko kematian lebih tinggi, malahan ini juga merupakan amalan yang turut dijalankan oleh kebanyakan negara lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad