web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


496 Kompaun Dikeluarkan Di Kelantan Sejak 1 Jun - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 8:44PM

Abdullah Mohammad Piah (kanan/memakai mask putih) melawat Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Pengkalan Chepa yang akan dilaksanakan PKPD bermula tengah malam ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengeluarkan 496 kompaun ke atas individu dan syarikat yang melakukan pelbagai kesalahan ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP).

Kompaun itu dikeluarkan dari 1 Jun lalu sehingga semalam yang membabitkan jumlah sekitar RM1,500 sehingga RM20,000.

Timbalan Ketua polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdullah Mohammad Piah berkata, kompaun itu  membabitkan pelbagai kesalahan, antaranya 204 kes merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran, 69 kegagalan menyediakan peralatan merekod diri pelanggan serta 31 lagi melibatkan ketiadaan penjarakan fizikal.

“Kesalahan lain yang dikompaun ialah tidak memakai pelitup muka (110), aktiviti terlarang (39), keluar rumah tanpa alasan munasabah (25), premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran (12)  dan enam kes membawa penumpang berlebihan.

“Kesemua kompaun yang dikeluarkan itu adalah hasil operasi secara bersepadu dengan agensi lain, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau persiapan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Pengkalan Chepa yang akan bermula tengah malam ini sehingga 8 Julai depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Abdullah berkata, individu dan syarikat yang dikenakan kompaun itu boleh membuat rayuan untuk mendapatkan diskaun di Pejabat Kesihatan Daerah.

Sementara itu mengulas mengenai PKPD di Kampung Pulau Tukang Dollah, beliau memberitahu ia melibatkan 866 penduduk dari 188 buah rumah.

“Seramai 25 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan berkawal di empat laluan keluar masuk ke kampung itu dalam tempoh 24 jam.

“Kita akan meletakkan kawat berduri di satu laluan bagi mengelakkan pergerakan keluar-masuk penduduk,” katanya.

Media semalam melaporkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian saringan ke atas 63 orang penduduk di lokaliti Kampung Pulau Tukang Dollah dan 41 daripadanya dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 65 peratus. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan