web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lapangan Terbang Subang Tidak Akan Dijual - Kementerian Pengangkutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 5:13PM

Kementerian Pengangkutan menjelaskan tidak ada perancangan untuk menjual LTSAAS - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah berterusan didesak, kerajaan akhirnya mengumumkan bahawa tidak ada sebarang perancangan untuk menjual Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Pendirian itu dinyatakan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, yang menjelaskan, tidak ada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet untuk meluluskan mana-mana bahagian LTSAAS kepada sektor swasta.

“Hak pengoperasian kekal di bawah Perjanjian Pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menggendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap dan mengguna LTSAAS sehingga tahun 2034 dan 2067.

“Kerajaan memahami dan mengulangi pendirian bahawa usaha dan pertimbangan sewajarnya diperlukan sebelum membuat keputusan akhir mengenai aset-aset strategik awam yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia seperti LTSAAS," kata kementerian itu hari ini.

Orang ramai jelas kementerian berkenaan, diminta untuk berhenti daripada menyebarkan maklumat salah mengenai perkara ini atau tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab berbuat demikian.

Penjelasan MOT itu adalah susulan daripada desakan oleh gabungan kesatuan pekerja MAHB seluruh negara, yang pada empat hari lalu, mendakwa kerajaan berkeras mahu menjual LTSAAS kepada syarikat swasta WCT Holdings.

Adalah dianggarkan penjualan LTSAAS berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion kepada MAHB, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi lapangan terbang tersebut yang hanya akan tamat pada 2069.

WCT Holdings dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim. – Getaran, 25 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan