web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usaha Pulihkan Tasik Chini Perlukan RM20 Juta - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:36PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menganggarkan RM20 juta diperlukan dalam usaha memulihkan kawasan seluas 600 hektar di Tasik Chini, Pekan yang terjejas teruk akibat aktiviti perlombongan. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM1 juta daripada Kumpulan Wang Pemulihan Lombong Pahang bagi tujuan itu yang dijangka bermula Ogos ini. 

Kerajaan negeri juga akan menyalurkan peruntukan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Hutan selain mengalu-alukan jika ada individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu turut serta dalam usaha tersebut.

"Usaha pemulihan akan dilaksanakan secara kolektif antara jabatan dan kerjasama institusi pendidikan serta penyelidikan dalam pelbagai aspek seperti fauna, flora, hidrologi dan bidang berkaitan bagi memastikan matlamat pemulihan hutan dan tapak rizab biosfera yang ditetapkan tercapai.

"Komposisi tanah lombong yang telah terjejas teruk antara cabaran dalam usaha pemulihan. Pelan pemulihan juga dirangka secara total meliputi aspek biodiversiti dan hidrologi," katanya menerusi kenyataan selepas melawat Tasik Chini hari ini.

Selain itu, Wan Rosdy memaklumkan beliau telah menulis surat kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk memohon bantuan dalam usaha pemulihan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu. 

Beliau juga menegaskan bahawa usaha pemulihan tasik yang terkenal dengan mitos naga itu telah dimulakan sejak dua tahun lepas dengan tindakan kerajaan negeri mewartakan Hutan Simpan Kekal (HSK) Chini pada 13 Mac 2019 dan bukan hanya selepas isu itu tular di media sosial kebelakangan ini.

Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP), menurut Wan Rosdy juga telah memulakan proses pemulihan secara berperingkat dengan menanam tanaman bersesuaian sama ada spesies buluh, tanaman tutup bumi dan spesies komersial tinggi seperti pokok merawan siput jantan dan pokok meranti temak nipis. 

"Masyarakat Orang Asli di Tasik Chini juga akan diberi peluang dalam usaha pemulihan menerusi penghasilan anak pokok hutan atau buluh bersesuaian dan JPNP akan mengeluarkan peruntukan bagi membina tapak semaian untuk mereka," katanya. 

Wan Rosdy optimis usaha pemulihan Tasik Chini boleh dilakukan mengambil kira kejayaan memulihkan Sungai Ichat di Cameron Highlands yang kini berada di kelas 1 selepas bertahun-tahun tercemar akibat pencerobohan tanah secara haram bagi tujuan pertanian. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan