web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Terima 122,328 Panggilan Minta Bantuan Emosi, Kaunseling Sejak Awal Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:26AM

Keseluruhan panggilan yang diterima adalah berkait rapat dengan isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu direkodkan bermula 1 Jan sehingga 18 Jun lepas dan sebanyak 109,806 panggilan atau 89.4 peratus daripadanya adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial akibat pandemik COVID-19.

Antara masalah yang dilaporkan ialah kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan, kehilangan tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga seperti pertengkaran, perpisahan, penceraian serta penderaan (emosi dan fizikal).

“Tekanan tidak hanya dialami oleh kakitangan di sektor awam serta petugas kesihatan atau frontliners, tetapi tekanan turut dirasai golongan lain dalam kalangan masyarakat.

“Talian bantuan yang diwujudkan sejak 25 Mac 2020 dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM dan sukarelawan pegawai psikologi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati, kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain talian bantuan itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif lain yang turut dilaksanakan termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu ‘KSK Care’ (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Talian KASIH.

Di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan pula, inisiatiaf bantuan yang dilakukan ialah Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS disediakan untuk kumpulan sasar.

“Kumpulan sasar merangkumi individu dalam perhatian (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah, pesakit COVID-19 di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), petugas kesihatan dan agensi lain yang bertugas dalam menangani wabak serta ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat mengambil langkah mengurangkan impak psikologikal sepanjang pandemik, seperti mengenal pasti punca kebimbangan dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan betul selain mengelakkan diskriminasi, stigma serta melabel secara negatif mereka yang dijangkiti COVID-19.

Dr Noor Hisham juga menyarankan agar masyarakat mengekalkan kecergasan optima dan ketenangan jiwa; memastikan komunikasi berterusan dengan keluarga dan rakan; sentiasa peka terhadap perubahan diri serta individu yang memerlukan sokongan dan paling penting, segera mendapatkan khidmat kaunseling jika perlu sokongan emosi

“Tekanan ini akan menjadi masalah jika berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku. Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan