web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Noor Hisham Turun Padang, Jadi ‘Vaccinator’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 8:24AM

Dr Noor Hisham menyuntik vaksin kepada seorang penerima yang terlantar di rumah. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam usaha membantu memastikan proses pemberian vaksin COVID-19 terus diperluaskan kepada setiap rakyat, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga tidak ketinggalan untuk ‘turun padang’ menjadi ‘vaccinator’, bersama pasukan vaksinasi bergerak.

Dalam lawatan kerja bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke projek rintis program vaksinasi bergerak di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat di Johor, hari ini, beliau sempat menyuntik vaksin kepada beberapa individu termasuk pesakit yang terlantar di rumah.

“Sehari bersama pasukan bergerak kami memberikan khidmat vaksinasi ke pasakit yang sukar untuk keluar ataupun terlantar di rumah,” katanya dalam catatan dan perkongsian beberapa keping gambar lawatan itu, di Facebooknya.

Projek rintis itu adalah program kerjasama pelbagai pihak iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Johor.

Dr Noor Hisham berkata, projek yang bermula sejak 14 Jun itu, merupakan usaha institut pengajian tinggi tempatan untuk membantu kerajaan, dalam meningkatkan liputan vaksinasi COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Menerusi projek itu, proses vaksinasi dilaksanakan dengan tiga kaedah penyampaian, iaitu pusat pemberian vaksin satelit di dewan Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat, bagi individu yang stabil dan perkhidmatan ‘outreach’ vaksin berpusat.

“Selain itu, lawatan rumah ke rumah dibuat bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya.

Beliau berkata garis panduan bagi pelaksanaan pemberian vaksin rumah ke rumah, disediakan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, demi menjaga keselamatan penerima vaksin dan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Bagi warga emas terlantar, lemah, uzur dan sakit peringkat akhir, beliau berkata penilaian akan dilakukan pegawai perubatan sebelum pesakit divaksin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan