web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Poster: Polis Akan Panggil Fahmi Reza Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 2:38PM

Fahmi memuat naik poster bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ ke Facebook dan Twitternya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis akan memanggil pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza pada minggu depan berhubung poster Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang dimuat naiknya di Facebook dan Twitter, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah memanggil beberapa individu sebelum ini untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kita akan memanggil suspek utama dalam kes ini untuk memberi keterangan,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Pada 17 Jun lepas, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff dilaporkan berkata, poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash menasihatkan semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang aktiviti termasuk pesta durian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurutnya, tindakan itu secara jelas menyalahi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Kita memahami ketika ini memang musim durian di seluruh negara, semua orang hendak makan durian, namun begitu perlu guna saluran yang dibenarkan.

“Peniaga dibenarkan untuk berniaga dan kita juga dibenarkan untuk membeli, cuma pesta durian kita tidak benarkan ketika ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil seorang selebriti terkenal bergelar Datuk untuk diambil keterangan berhubung penularan gambar pelanggaran SOP menunjukkan satu majlis sosial di sebuah ladang Kampung Poh di Bidor, Khamis lepas.

Wan Azharuddin juga dilaporkan berkata beberapa individu lain dipercayai peniaga dan penduduk kampung akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan