web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Lelaki Nigeria Ditahan, Sindiket Love Scam, Parcel Scam Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 3:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan Love Scam dan Parcel Scam selepas menahan tujuh individu, termasuk enam lelaki warga Nigeria dan wanita tempatan menerusi dua serbuan asing di sekitar Kajang, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua suspek berkenaan berusia antara 33 hingga 42 tahun.

Menurut beliau, polis turut merampas lapan komputer riba, 17 telefon bimbit, tiga unit ‘pendrive’, dua set modem wifi, dua set router, dua keping kad mesin juruwang automatik (ATM), satu set anak kunci, dua passport Nigeria dan beberapa dokumen lain yang berkaitan dengan sindiket tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek lelaki itu bergiat aktif sejak lima tahun lalu, selepas memasuki Malaysia dengan menggunakan pas pelajar dan visa lawatan sosial.

“Apabila pas pelajar itu tamat tempoh, mereka tidak pulang ke negara asal sebaliknya menetap di Malaysia secara haram bagi menjalankan aktiviti itu dengan menyasarkan mangsa dari dalam dan luar negara,” katanya di sini hari ini.

Sindiket berkenaan jelas Mohd Kamarudin, dipercayai beroperasi secara berasingan dalam dua kumpulan, dengan satu daripadanya akan membuat akaun palsu di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tinder.

“Mereka yang menggunakan akaun palsu itu akan mula mencari kenalan dan berkomunikasi dengan mangsa, bagi tujuan memperdayakan mereka.

“Satu lagi kumpulan berperanan sebagai ejen pencari keldai akaun di Malaysia atau luar negara, dan menggunakan akaun terbabit untuk menerima wang hasil penipuan itu,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Kamarudin berkata, sindiket ini mempunyai kaitan rapat dengan sekurang-kurangnya lapan Kes Penipuan 419 Scam yang dilaporkan sebelum ini.

“Antara taktik digunakan ialah bersekongkol dengan warga tempatan yang menyamar sebagai pegawai kastam atau kakitangan syarikat kurier, bagi meyakinkan mangsa dalam proses pembayaran dan penerimaan bungkusan barang dihantar sebagai hadiah,” katanya.

Beliau menarik perhatian, semua suspek masih ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Orang ramai katanya, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan kenalan di internet yang ingin menjalinkan hubungan persahabatan atau percintaan di laman sosial, terutamanya apabila menjanjikan hadiah sebagai tanda sayang.

“Jangan mudah terpedaya dengan sebarang panggilan daripada pihak kastam ataupun syarikat kurier yang menyatakan ada menerima bungkusan, dan memerlukan anda membuat pembayaran.

“Jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerah kad ATM anda kepada pihak lain untuk pelbagai urusan,” tegasnya.

Orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03 26101559 / 03 26101599 atau pesanan melalui aplikasi WhatsApp di talian +60132111222 untuk menyalurkan maklumat dan aktiviti jenayah komersial yang berlaku di persekitaran mereka. - Getaran, 27 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan