web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inisiatif Elak Petugas Kesihatan Alami Lesu Upaya Diwujudkan - Dr. Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 8:21AM

Cuti tanpa rekod dengan persetujuan Ketua Jabatan diberikan kepada petugas kesihatan bagi mengelakkan tekanan melampau atau lesu upaya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian wabak COVID-19 akan diberikan cuti tanpa rekod dengan persetujuan Ketua Jabatan bagi mengelakkan gejala tekanan yang melampau atau lesu upaya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan kesihatan mental juga akan sentiasa dilaksana ke atas kakitangan kesihatan dan petugas barisan hadapan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai tanda-tanda awal tekanan, keresahan serta kemurungan. 

Beliau berkata langkah itu merupakan antara inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani gejala tekanan melampau khususnya dalam kalangan kakitangan kesihatan dan petugas barisan hadapan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Bantuan psikologi akan diberikan kepada mereka yang bermasalah dan dirujuk kepada kaunselor atau pakar psikiatri mengikut keperluan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata petugas akan diberikan kad pemberitahuan kesihatan mental apabila selesai menjalankan tugas bagi pemantauan kendiri tahap kesihatan mental mereka. 

Katanya selain mengamalkan konsep pusingan kerja, pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) KKM akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) seperti di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang untuk memberikan perkhidmatan kaunseling serta intervensi psikososial kepada kakitangan dan pesakit. 

Beliau turut menggesa semua petugas barisan hadapan untuk sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental di samping komitmen yang tidak berbelah bagi dalam memberi perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit khususnya sepanjang tempoh melawan pandemik COVID-19. 

Dr Noor Hisham berkata pasukan MHPSS akan sentiasa berkolaborasi dengan pelbagai agensi dan kementerian bagi menangani masalah lesu upaya dalam kalangan petugas kesihatan serta mengambil tindakan yang sesuai untuk mencegah masalah ini daripada terus berlaku. 

“Bantuan serta kaunseling sentiasa akan dihulurkan kepada mana-mana individu yang memerlukan khususnya petugas barisan hadapan,” katanya. 

Kajian yang dijalankan ke atas 893 petugas kesihatan mengenai Prevalen dan 'Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Lesu Upaya Dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik COVID-19' mendapati prevalen lesu upaya berkaitan peribadi ialah sebanyak 53.8 peratus. 

Beliau berkata paling tinggi (lesu upaya berkaitan peribadi) ialah dalam kalangan pegawai farmasi dan petugas kesihatan di peringkat daerah. 

Dr Noor Hisham berkata prevalen lesu upaya berkaitan pekerjaan ialah sebanyak 39.1 peratus yang menyaksikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan petugas makmal mencatatkan peratusan tertinggi.

Katanya prevalen lesu upaya berkaitan pesakit ialah sebanyak 17.4 peratus dalam kalangan paramedik dan petugas kesihatan di hospital swasta. 

Antara faktor yang mencetus situasi lesu upaya dalam kalangan petugas kesihatan ialah bebanan tugas yang tinggi, ketidakpastian tempoh pandemik yang panjang, adaptasi terhadap prosedur operasi standard yang pelbagai, rancangan kerjaya terganggu serta kesulitan mengimbangkan keluarga dan kerjaya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan