web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PEMULIH, I-Citra 5 Bulan Bermula Ogos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 6:31PM

Pemohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai depan dengan bayaran pertama akan dikreditkan ke akaun individu pada Ogos ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperkenalkan kemudahan baharu dikenali i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membabitkan pengeluaran dana simpanan sehingga RM5,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai depan, dengan pembayaran pertama akan dikreditkan ke akaun individu pada Ogos ini.

Katanya, pembayaran akan disalurkan secara berperingkat, iaitu sebanyak RM1,000 sebulan bagi tempoh lima bulan.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

"Menerusi i-Citra seramai, 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 sebulan, namun tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP pencarum,” katanya menerusi Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ahli boleh memohon kemudahan ini di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai.

Beliau memberitahu, moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan juga akan diberikan secara automatik kepada semua individu, sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20.

Pemberian itu jelasnya, tidak memperuntukkan sebarang syarat tertentu seperti pengurangan pendapatan, malah tidak memerlukan semakan pengesahan untuk individu yang kehilangan pekerjaan atau melibatkan sebarang dokumentasi ketika proses permohonan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan ini ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas, tertakluk kepada semakan serta kelulusan pihak bank.

“Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini, justeru peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman berkaitan,” katanya.

Kerajaan hari ini mengumumkan PEMULIH membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion, bertujuan membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

PEMULIH menumpukan kepada tiga fokus utama, iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi. – Getaran, 28 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad