web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perhilitan Pasang 6 Perangkap, Kesan Binatang Liar Di Bukit Merbau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 12:02PM

Pembantu Perhilitan Kelantan, Radin Ismail Mat Saleh (kiri) dan Mohd Shakizey Bahrudin memasang perangkap kamera atau ‘Camera Trap’ bagi mengesan dan mengumpul data kehadiran hidupan liar dekat Kampung Merbau, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang enam perangkap kamera bagi mengesan kehadiran haiwan liar termasuk beruang dan harimau di beberapa lokasi sekitar Kampung Bukit Merbau di sini.

Pengarah Perhilitan Kelantan Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata langkah itu susulan aduan penduduk kampung terhadap kehadiran haiwan liar berkenaan yang pernah dikesan di kawasan itu yang terletak berhampiran Hutan Simpan Kekal (HSK) Chabang Tongkat.

Beliau berkata pihaknya mengambil serius aduan penduduk kampung namun siasatan dibuat terlebih dahulu untuk mengetahui punca sama ada hidupan liar itu akan menyebabkan konflik atau hanya menggunakan hutan tersebut sebagai koridor pergerakan.

"Setakat ini pihak Perhilitan telah memasang enam perangkap kamera di kawasan tersebut bagi mengesan kehadiran hidupan liar sama ada bagi tujuan mitigasi ataupun penyelidikan dan mengumpulan data.

“Hutan di kawasan tersebut adalah Hutan Simpan Chabang Tongkat, salah satu hutan perlindungan dalam Rangkaian Ekologi CFS (Central Forest Spine) iaitu jaringan hutan yang berfungsi sebagai habitat dan pergerakan hidupan liar," katanya di sini hari ini.

Ady Ermanty Haniff berkata biarpun haiwan itu tidak mengancam nyawa dan hanya melalui kawasan terbabit, Perhilitan menasihati penduduk supaya melaporkan kepada jabatan agar siasatan lanjut dapat dibuat bagi memastikan keselamatan kedua-dua pihak.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Nazmi Mustafa, 52, berkata mereka yang sebelum ini diburu kebimbangan dengan kehadiran haiwan liar itu kini berasa lega susulan langkah yang diambil Perhilitan itu.

"Sekarang ini musim buah-buahan dan sudah pasti banyak haiwan liar akan berkeliaran di kawasan kebun, kampung ini pula terletak berhampiran dengan kawasan hutan yang berbukit dan sudah pasti haiwan dari situ akan datang mencari makanan. Lega apabila anggota Perhilitan segera hadir membuat pemantauan selepas menerima aduan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhamad Isma Alif Ibrahim, 30, pula berkata kebun milik penduduk kampung kebanyakannya dipenuhi semak samun berikutan mereka sukar untuk membersihkan kawasan kerana takut kehadiran haiwan berkenaan.

"Harapan kami dengan pemantauan kerap yang dibuat oleh anggota Perhilitan, penduduk kini tidak lagi berasa bimbang untuk ke kebun.

“Sekarang musim buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan serta dokong. Jika adanya pihak jabatan menjalankan pemantauan sudah pasti hasil kebun tidak dirosakkan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad