web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Patuh Skala Besar Bermula Khamis Ini - Hamzah Zainudin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 6:01PM

Hamzah melawat projek penanaman cili oleh banduan Penjara Marang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Operasi Banteras Ketidapatuhan Prosedur Operasi Standard atau Op Patuh bagi sektor ekonomi berskala besar akan dilaksanakan di seluruh negara bermula Khamis ini.

Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Op Patuh itu bakal melibatkan 21 agensi, dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai teraju utama yang menyelaraskan penguatkuasaan operasi itu.

Menurut beliau, pihaknya sudah bersedia untuk memulakan operasi berkenaan, yang diharapkan mampu menurunkan kadar jangkitan COVID-19 di seluruh negara.

“Saya yakin jika kita mula Op Patuh pada Khamis ini, harapan dan doa kita supaya angka 5,000 orang positif COVID-19 di negara akan dapat kita turunkan,” katanya kepada media selepas operasi pemantauan pematuhan SOP PKP 3.0 di sini hari ini.

Beliau berkata, lagi bagi tujuan itu, pihaknya turut merangka strategi dengan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap Ketua Polis Daerah (OPCD) supaya matlamat kerajaan bagi kepatuhan SOP dapat dicapai.

“Kita akan ada pertemuan dengan semua pengarah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tapi yang itu saya akan umumkan esok selepas mesyuarat,” katanya.

Tegas beliau, pemilik syarikat perlu bersedia dan tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan pelanggaran SOP COVID-19 kerana tempoh peringatan yang secukupnya sudah diberikan kepada mereka.

Tambah Hamzah, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak memberi kompaun dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000 jika didapati bersalah.

“Pengurusan COVID-19 yang kita lakukan sekarang ini sudah terlampau berpanjangan, tapi siapa yang salah. 

"Sebenarnya kita bersama yang salah kerana SOP dah ada.Tapi yang melanggar SOP ini siapa kalau bukan majikan pekerja dan mereka yang patut duduk di rumah tapi keluar," katanya. - Getaran, 29 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad