web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


81 Syarikat Produksi Terima Dana Kandungan Digital - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 6:15PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 81 syarikat produksi menerima Dana Kandungan Digital (DKD) membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM46.99 juta, antara lain untuk membantu penggiat industri seni dan kreatif negara yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata penawaran DKD kali ini merangkumi empat kategori iaitu Dana Filem Cereka, Dana Dokumentari, Dana Pemasaran serta Dana Program TV/OTT kerjasama khas dengan Astro yang kesemuanya dijangka mewujudkan 3,175 peluang pekerjaan.

"Inisiatif DKD ini juga untuk membolehkan penggiat industri kreatif mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif di pasaran domestik dan global. 

"DKD juga berupaya membangunkan kandungan kreatif yang berdaya saing sebagai sumber pendapatan negara dalam mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, sekali gus meningkatkan penghasilan harta intelek kandungan kreatif Malaysia yang berdaya saing," katanya pada sesi pemakluman secara maya penerima surat tawaran DKD hari ini.

Saifuddin berkata inisiatif DKD itu dilaksanakan untuk memudahkan dan menggalakkan penggiat industri kreatif dalam penghasilan, penerbitan serta penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi serta mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif di pasaran domestik dan global.

DKD kali ini ialah lanjutan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang dilancarkan pada 5 Feb lepas untuk membantu penggiat industri terjejas oleh pandemik COVID-19 bangkit semula meneruskan kelangsungan dan kelestarian industri kreatif negara, katanya.

Beliau berkata kementeriannya akan sentiasa membantu penggiat industri seni dan kreatif negara termasuk dari segi birokrasi dalam sebarang urusan.

Ditanya bagaimana DKD boleh memberi manfaat sedangkan aktiviti berkaitan termasuk penggambaran tidak dibenarkan susulan penguatkuasaan fasa satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), Saifuddin berkata: "Sekurang-kurangnya mereka boleh membuat perancangan dengan duit itu, bila boleh beroperasi tidak perlu lagi tunggu.”

Beliau juga berharap aktiviti penggambaran akan dibenarkan apabila negara memasuki fasa dua Kawalan Pergerakan dalam PPN. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad