web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Moyang 120 Tahun Terima Dos Kedua Vaksin di PPV Pandu Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 4:00PM

Warga emas, Siti Liah Mamat, 120, menerima suntikan vaksin dos kedua secara pandu lalu di SPPV HUSM Kubang Kerian, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang wanita warga emas berusia 120 tahun menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini. 

Warga emas berkenaan, Siti Liah Mamat dihantar ke SPPV itu oleh cucunya, Azhar Mustapha, 46.

Moyang kepada 44 cicit, Siti Liah dari Kampung Dusun Raja bersyukur kerana dirinya sihat dan dapat menerima suntikan vaksin dos kedua.

“Saya lega selepas menerima suntikan itu berharap ia memberi semangat kepada anak cucu dan orang ramai untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Alhamdulillah, saya sudah selesai cucuk (suntik) vaksin dan tidak rasa sakit apa-apa pun. Kita beri semangat untuk anak cucu supaya semua cucuk vaksin,” katanya ketika ditemui di SPPV berkenaan.

Turut hadir, Pengarah HUSM, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim.

Mengulas lanjut, Siti Liah yang turut memiliki 12 anak dan 48 cucu berkata, dia mengambil suntikan vaksin itu untuk melindungi dirinya yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, selain peningkatan kes COVID-19 yang masih membimbangkan.

Beliau tidak ketinggalan menyeru orang ramai supaya mendaftar dan mengambil suntikan vaksin pada kadar segera, bukan hanya untuk melindungi diri dan keluarga, malah membantu negara kembali pulih seperti dahulu.

Pada 9 Jun lalu, Siti Liah menerima suntikan vaksin dos pertama di kaunter SPPV HUSM namun hari ini, warga emas itu diberi peluang mendapatkan suntikan dos kedua secara pandu lalu. 

Sementara itu, Ahmad Sukari berkata, penggunaan kaedah secara pandu lalu bagi penerima vaksin dos kedua adalah lebih mudah dan lancar kerana mereka sudah berpengalaman serta arif dengan prosedur suntikan.

Warga emas juga jelas beliau, lebih yakin dan berani menerima suntikan.

“Proses pemberian vaksin hari ini membabitkan 84 penerima, termasuk warga emas.

“Secara umum, saya berpuas hati dengan proses pemberian vaksin secara pandu lalu dan perkara itu turut diakui pasukan petugas yang mengendalikan kaedah berkenaan,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad