web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sukar Bertugas Kerana PKPD, Parlimen Lembah Pantai Tawar Bantuan Untuk Penduduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 5:20PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Individu yang berdepan kesukaran bekerja kerana terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) boleh memohon bantuan di pejabat Parlimen Lembah Pantai.

Ahli Parlimen berkenaan, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan majikan terbabit, untuk memberi kelonggaran dan belas ihsan kepada petugas yang tidak dapat hadir ke tempat kerja.

“Ramai pekerja yang berada di kawasan PKPD di sini risau dibuang kerja.

“Jadi pejabat saya akan meneliti perkara ini dan jika perlu kami akan menghubungi majikan terlibat untuk berunding, agar mereka memahami kekangan petugas yang menetap di kawasan PKPD di dalam Parlimen Lembah Pantai,” katanya kepada Getaran.

Beliau menarik perhatian, pejabatnya juga akan mengagihkan bakul makanan asas kepada kesemua golongan yang memerlukan di Lembah Pantai.

“Satu lagi bantuan bantuan yang kami akan berikan adalah sumbangan barangan keperluan khusus yang tidak disertakan dalam bakul makanan.

“Ia mencakupi keperluan seperti ubat-ubatan, susu formula untuk bayi, lampin dan beberapa barangan lain,” jelasnya.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR menerusi satu ciapan di Twitter pagi tadi, menyeru penduduk di lokaliti Taman Bukit Angkasa untuk kekal di kawasan masing-masing, susulan pelaksanaan PKPD bermula esok.

“PKPD di Taman Bukit Angkasa akan dilaksanakan 1 – 14 Julai. Sila terus duduk rumah, pelbagai agensi kerajaan akan datang untuk bantu dan beri sokongan penuh.

“Pejabat saya juga akan buka pusat operasi untuk pastikan bantuan disampaikan kepada semua yang memerlukan,” katanya dalam ciapan itu. – Getaran, 30 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan