web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Keganasan Rumah Tangga Di Perlis Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 7:54AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Sebanyak 74 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Jun hingga Disember 2020, dengan peningkatan berpunca daripada pelbagai faktor, khususnya implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak tahun lepas.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Siti Berenee Yahaya berkata pihaknya dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengambil peduli kepada kes keganasan rumah tangga.

“Setelah diberi sesi kaunseling dan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kes itu dapat diselesaikan cuma ada beberapa kes yang berlaku perceraian,” katanya kepada pemberita semalam.

Siti Berenee berkata pada 2019 dan tahun sebelumnya, terdapat hanya 20 hingga 25 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan dan peningkatan ini berlaku berpunca daripada kekangan sumber pendapatan untuk keluarga sepanjang tempoh PKP.

“Kaedah LPPKN membantu adalah dengan memberi tumpuan sepenuhnya supaya tidak berlaku keganasan rumah tangga dengan mendekati mereka yang terlibat dengan kes ini.

“Kita mencuba dengan kaedah panggilan telefon kepada kaunselor serta mengambil pendekatan panggilan video dan bertanya khabar kepada yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata dari Januari hingga Jun tahun ini, terdapat tiga ke empat kes yang membuat panggilan kepada kaunselor untuk meminta nasihat tentang isu yang dihadapi mereka.

“Sebelum PKP hanya terdapat satu hingga dua kes, kadang-kadang isteri ini malu nak bercerita tentang masalah mereka sebab itu mereka tidak menggunakan khidmat kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau LPPKN,” katanya.

Beliau berkata mereka yang ingin menggunakan khidmat kaunseling boleh menghubungi kauselor menerusi talian 0149559434 (LPPKN) dan 0134552651 (JKM). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

2

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan