web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Rakyat Malaysia Dijumpai Tanpa Kepala Di UK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 11:35AM

Mee Kuan berasal dari Kuala Lumpur dan mula menetap di London sejak 2004. - Gambar ihsan polis Devon and Cornwall

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia berumur 67 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Wembley, London dua minggu lalu, ditemui dalam keadaan mayatnya tanpa kepala, dedah polis United Kingdom (UK).

Mayat mangsa yang bernama Chong Mee Kuen, dijumpai di kawasan hutan berdekatan dengan bandar peranginan, Salcombe yang terletak 350 kilometer dari rumahnya.

Memetik laman Daily Mirror, jurucakap polis UK berkata, mereka dimaklumkan tentang penemuan mayat Mee Kuen yang juga dikenali sebagai Deborah di hutan tersebut pada pukul 5 petang Ahad lalu (27 Jun).

Detektif Supt Ben Deer juga mengesahkan bahawa polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian terbabit.

“Mayatnya telah dibuang di situ selama beberapa hari. Pihak polis sedang menyiasat pergerakan Mee Kuen pada 10 hingga 27 Jun.

“Kami sedang siasat samada Mee Kuen ada menetap di mana-mana motel atau rumah tumpangan di Salcombe kerana jarak perjalanan dari London ke bandar tersebut memakan masa lebih dari empat jam,” kata detektif itu.

Antara premis yang turut disiasat adalah Salcombe Harbour Hotel yang terletak tidak jauh dari kawasan mayat Mee Kuen dibuang.

Mee Kuen berasal dari Kuala Lumpur dan mula menetap di London sejak 2004. - Getaran, 1 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad