web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tekanan Perasaan, Bunuh Diri Meningkat Mendadak - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 1:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 468 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah itu adalah satu peningkatan, berbanding 631 kes sepanjang tahun lalu dan 609 tahun sebelumnya.

Menurut beliau, secara purata, dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku setiap hari, bermula 2019 hingga Mei tahun ini.

Katanya, 872 mangsa berusia antara 15 hingga 18 tahun manakala 668 lagi berumur 19 hingga 40 tahun.

“Menurut statistik, majoriti mangsa adalah wanita iaitu 1,427 manakala 281 lagi ialah lelaki, bagi sepanjang 2019 hingga Mei tahun ini.

“Dari statistik ini, Johor mencatatkan bilangan tertinggi untuk tahun 2019 dan 2020 dengan 101 kes,” katanya di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata, Selangor pula merekodkan insiden tertinggi sepanjang lima bulan pertama tahun ini dengan 117 kes.

“Siasatan PDRM mendapati, masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan menjadi antara punca utama mangsa membunuh diri.

“Kaedah yang kerap digunakan pula ialah menggantung diri iaitu 75.1 peratus, terjun dari bangunan (13.6) dan mengambil racun (5.7),” katanya.

Beliau menarik perhatian, semua pihak harus bertanggungjawab dalam memainkan  peranan bagi membendung gejala ini.

“Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Kami menyeru agar individu yang mengalami masalah dan tekanan perasaan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat atau kepada pihak yang menyediakan khidmat masyarakat,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan