web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Potong Gaji Pekerja Pembersihan Langgar Undang-Undang: MEF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 10:21AM

JPKK mendedahkan menerima maklumat berhubung pemotongan pendapatan di kalangan pekerja pembersihan sekolah sedangkan KSM mewajibkan majikan membayar gaji penuh ketika PKP. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak penularan COVID-19, saban hari kita dipaparkan dengan realiti sedih masyarakat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, demi memastikan perut terus terisi dan anak tidak menangis kelaparan dek ketiadaan punca pendapatan.

Bukan setakat terpaksa mencatu makanani, lebih meruntun jiwa apabila ada yang terpaksa menggoreng kulit ayam sebagai lauk utama dan menjadikan air beras untuk pengganti susu bayi.

Ada pula terpaksa ‘berpuasa’, menebalkan muka berhutang dan mengharapkan simpati masyarakat untuk mendapatkan sedikit makanan demi kelangsungan kehidupan.

Semuanya disebabkan kehabisan wang simpanan apabila hilang punca pendapatan kerana diberhentikan kerja atau berdepan pemotongan gaji.

Namun penderitaan dialami sejumlah besar rakyat itu seolah-olah tidak menimbulkan rasa simpati segelintir majikan, yang masih menagih tenaga mereka tetapi sewenang-wenangnya mengurangkan pendapatan pekerja dalam jumlah besar.

Semakin mengecewakan, ada majikan sanggup membayar penat lelah pekerja  pada kadar jauh lebih rendah daripada had gaji minimum ditetapkan kerajaan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) mewajibkan majikan membayar gaji penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah pekerja bergaji harian perlu dibayar mengikut kadar upahan dipersetujui seperti dalam surat tawaran, kontrak, perkhidmatan atau surat kenaikan gaji terkini.

Bagi pekerja berkonsepkan upah tidak tetap pula, KSM menegaskan bahawa kadar harian pembayaran hendaklah tidak kurang daripada paras gaji minimum seperti dalam Perintah Gaji Minimum 2020.

Namun, nampaknya peraturan itu tidak dipedulikan, seolah-olah kuasa menentukan kadar gaji pekerja berada di tangan majikan sepenuhnya.

Kemelut pemberhentian pekerja dan pemotongan gaji ini dapat dilihat melalui isu dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivitis kesatuan sekerja sejak tahun lalu membabitkan pekerja pembersihan di sekolah.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada tahun lalu memaklumkan bahawa hampir 45,000 pembersih sekolah diberhentikan disebabkan syarat terbaharu dalam kontrak Kementerian Pendidikan.

Terbaharu, sejak awal bulan ini, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), mendedahkan pihaknya menerima maklumat berhubung pemotongan pendapatan dalam kalangan pekerja pembersihan sekolah sehingga 40 peratus, selain mereka dipaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Menerusi laman sosial Twitter, JPKK berkongsi paparan tangkapan skrin mesej bertulis dihantar pekerja pembersihan sekolah berhubung aduan itu.

“Ramai cleaner sekolah mengadu pada kami yang gaji akan dipotong masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Kontraktor bagi alasan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) potong peruntukan sebab Kementerian Pendidikan kata tak semua kena kerja setiap hari, kena ikut giliran.

“Tapi Kementerian Sumber Manusia (KSM) kata tak boleh potong gaji semasa PKP? Gaji minimum pun nak potong?,” ciap JPKK menerusi Twitter terbabit bersama perkongsian beberapa Whatsapp berhubung masalah itu.

Isu didedahkan JPKK itu bukan kali pertama kerana pada 9 Jun lalu, pihaknya mengeluarkan satu video bertajuk ‘boleh ke majikan potong gaji semasa PKP’, khusus memaparkan aduan daripada beberapa pekerja pembersihan yang dipotong gaji.

Malah, Setiausaha JPKK, Sivaranjani Manikam ketika berkongsi perkara itu kepada The Vibes, memaklumkan tidak ada sebarang tindakan diambil Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini.

Beliau berkata, firma yang menerima kontrak pembersihan sekolah daripada kementerian itu turut dibayar kurang, atas alasan bilangan pekerja ditetapkan kerajaan ketika PKP adalah 60 peratus, justeru alasan terbabit digunakan pihak majikan untuk memotong gaji pekerja.

“Pekerja ini sememangnya menerima gaji di had paling minimum ditetapkan kerajaan, iaitu RM1,200.

“Kami merujuk kepada garis panduan daripada KSM yang menyatakan majikan tidak boleh mengurangkan gaji pekerja ketika PKP,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman ketika dihubungi Getaran berkata, tindakan dikenakan majikan berkenaan menyalahi peraturan Perintah Gaji Minimim di negara ini.

“Pekerja tidak boleh dibayar kurang daripada gaji minimum yang terpakai pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata, mengikut peraturan, pekerja yang bekerja di dalam kawasan majlis bandaraya dan majlis perbandaran perlu dibayar gaji tidak kurang daripada RM1,200 sebulan.

Manakala katanya, pekerja yang bekerja di kawasan lain tidak boleh dibayar gaji kurang daripada RM1,100 sebulan, selaras dengan ketetapan undang-undang.

 Syed Hussain berkata, pekerja boleh mengemukakan aduan ke Jabatan Buruh sekiranya dibayar kurang daripada paras gaji minimum ditetapkan.

“Jika aduan mereka dibuktikan, majikan terbabit akan diarahkan untuk membayar gaji sewajarnya.

“Majikan juga boleh didakwa kerana tidak mematuhi peruntukan Perintah Gaji Minimum,” katanya.

 Bagaimanapun, ketika ditanya adakah MEF menerima aduan secara langsung daripada pekerja berhubung masalah itu, Syed Hussain berkata, belum ada pihak atau pekerja berbuat demikian.

“Setakat ini MEF tidak ada menerima aduan mengenai perkara di atas,” katanya. – Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad