web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Sekumpulan Pelajar Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 11:00AM

Polis menjalankan siasatan video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai pelajar mengambil barang kurier tanpa mengikut SOP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI ISKANDAR - Polis akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan individu dipercayai penuntut sebuah universiti di sini, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengambil bungkusan dari sebuah kenderaan syarikat kurier.

Ia susulan laporan dibuat seorang individu di Balai Polis Seri Iskandar jam 6 petang semalam, mengenai insiden itu yang tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di hadapan pintu utama universiti berkenaan kira-kira jam 7 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, laporan itu dibuat selepas pengadu menerima satu rakaman video pendek di media sosial, memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul bagi mengambil bungkusan yang diedarkan oleh pekerja syarikat berkenaan.

Katanya, hasil semakan mendapati, terdapat satu video berdurasi enam saat, memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul beramai-ramai bagi mengambil bungkusan yang diedarkan oleh syarikat penghantar itu tanpa mematuhi SOP.

“Pemilik akaun terbabit turut meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan ke atas perkara tersebut,” katanya di sini.

Barudin berkata, penyerahan itu berlaku di luar pagar iaitu berhampiran pintu utama universiti dan pelajar yang hadir pada awalnya mematuhi SOP dengan berbaris, namun keadaan bertukar tidak terkawal apabila mereka mula berkerumun.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pekerja syarikat penghantaran dan kumpulan pelajar yang berada dalam video berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB), Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad