web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bicara Kes Shahrir Samad Gagal Isytihar RM1 Juta Kepada LHDN Bermula April 2022

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 2:36PM

Shahrir didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada LHDN. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, bermula April tahun depan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali berkata mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selama 11 hari bermula 6 April serta enam hari dari 17 hingga 19 Mei dan 23 hingga 25 Mei, tahun hadapan.

“Perbicaraan kes akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan mahkamah juga menetapkan 11 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes itu yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini.

Prosiding dalam talian itu turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat dan Rasyidah Murni Azmi manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin, mewakili Shahrir.

Shahrir, 71, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013.

Cek itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013.

Justeru, Shahrir didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dan dituduh melakukan kesalahan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan