web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sembunyi Dalam Bungkusan Makanan, Taktik Pesakit Seludup Rokok Ke PKRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 4:49PM

Antara cara rokok diseludup masuk ke PKRC MAEPS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perokok tegar dalam kalangan pesakit COVID-19 yang diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS, dikesan kerap kali cuba menyeludup masuk barang larangan itu menggunakan pelbagai teknik dan taktik, walaupun kesannya memudaratkan diri sendiri.

Antara taktik yang dikesan adalah menggunakan kotak makanan seperti biskut, mee segera dan bijirin sarapan untuk menyembunyikan rokok terbabit.

Terbaharu, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Hussein Omar Khan berkata, pegawai polis di PKRC MAEPS berjaya merampas satu karton rokok yang cuba diseludup ke pusat kuarantin terbabit, menggunakan bungkusan roti.

Rokok dimasukkan kedalam roti yang dipotong.
Rokok dimasukkan kedalam roti yang dipotong.

Katanya, penghantar yang biasanya adalah waris atau rakan pesakit, membeli sebuku roti bersaiz besar sebelum membuat lubang di tengah-tengah makanan berkenaan untuk disumbatkan dengan kotak rokok dibeli.

Menurutnya, ia kemudiannya akan dihantar kepada pesakit menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Bagaimanapun, semua taktik itu berjaya dihidu pasukan penguat kuasa yang ditempatkan di pintu masuk PKRC untuk memeriksa secara terperinci barangan, bagi mengelakkan barangan larangan seperti rokok terlepas.

“Perkara ini amat dipandang serius oleh pihak kami kerana merokok di kawasan pusat kuarantin adalah tidak dibenarkan sama sekali malah ia tidak memberikan sebarang faedah kepada pesakit itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, pasukan penguat kuasa di PKRC Maeps yang diketuai oleh Superintendan Norhizam Bahaman, setakat ini berjaya mematahkan semua cubaan menyeludup barangan larangan berkenaan.

Hussein turut menasihatkan waris atau rakan untuk tidak lagi mencuba apa jua taktik bagi menghantar barangan larangan terbabit kepada pesakit.

“Mereka sepatutnya diberi sokongan untuk kembali pulih dan bebas daripada wabak ini bukannya memudaratkan lagi diri sendiri,” katanya.

Sekali lagi penyeludup menggunakan roti yang dipotong dan dibungkus semula.
Sekali lagi penyeludup menggunakan roti yang dipotong dan dibungkus semula.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Mohd Afiq Mohd Basar berkata, perokok berdepan kemudaratan COVID-19 dua kali ganda berbanding pesakit biasa.

Katanya, asap rokok mengurangkan fungsi paru-paru pesakit, menyebabkan virus yang masuk ke organ itu merosakkan semua sel sedia ada.

“Merokok terbukti meningkatkan ekspresi enzim penukaran angiotensin-2 (ACE-2) dan transmembran serine protease 2 (TMPRSS2), iaitu gen kemasukan utama yang digunakan SARS-CoV-2 untuk menjangkiti sel, sekali gus menyebabkan ‘cytokine storm’ yang seterusnya meningkatkan kemudaratan klinikal COVID-19 kepada pesakit.

“Bukan itu saja, risiko untuk mereka mengalami pembekuan darah jika dijangkiti COVID-19 meningkat berlipat kali ganda, dan ia boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menasihatkan supaya golongan ini mengambil peluang dikuarantin sebagai langkah pertama untuk terus meninggalkan tabiat merokok selama-lamanya. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Operasi Khas Banteras Penyeludupan: 14 Lelaki Ditahan, Babit Rampasan Lebih RM35 Juta

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan