web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Khas Banteras Penyeludupan: 14 Lelaki Ditahan, Babit Rampasan Lebih RM35 Juta

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 8:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 14 lelaki termasuk 10 warga asing dalam empat serbuan berasingan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Bintulu, Sarawak dengan nilai rampasan berjumlah RM35.946 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dalam kenyataan berkata, tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).

Beliau berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki dan merampas 32,000 liter diesel bersubsidi, 32 tangki Intermediate Bulk Container (IBC) serta empat pam minyak berserta hos dengan nilai dianggarkan RM140,200 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mond Kamarudin berkata dalam serbuan kedua, pihakya menahan seorang lelaki dan merampas 10,030 liter diesel bersubsidi, 16 tangki IBC, tiga pam minyak berserta hos dan sebuah meter digital bernilai RM54,093 dan kes disiasat mengikut akta sama.

Dalam serbuan ketiga dengan kerjasama Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) katanya, pihaknya menahan enam lelaki warga asing dan merampas 7,172 liter minuman keras pelbagai jenis bersama 250,000 batang rokok pelbagai jenama dan dua van bernilai RM3.118 juta.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1) © dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Dalam serbuan terakhir pada Khamis lepas dengan kerjasama MCBA dan turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri, Mond Kamarudin berkata enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan.

Menurut beliau sebanyak 146,720 liter diesel bersubsidi, dua bot tunda, sebuah kapal tangki minyak, tiga pam minyak berserta hos, sebuah lori bonded, sebuah tangki skid serta dua tangki IBC bernilai RM32.633 juta dirampas manakala kes turut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohd Kamarudin berkata sejak 1 Januari hingga 24 Mei lepas, pihaknya menjalankan 82 serbuan di seluruh negara dan menahan 185 individu bagi membanteras aktiviti penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi serta penyeludupan hidupan liar dengan rampasan berjumlah RM230.618 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan