web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Malaysiakini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 5:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan perintah Mahkamah Rayuan bahawa portal berita Malaysiakini perlu membayar ganti rugi RM200,000 kepada syarikat Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah berkaitan aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman, Raub, Pahang.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, dalam keputusan majoriti 3-2, menolak rayuan Mkini Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan portal berita Malaysiakini dan tiga lagi bekas anggota pasukan editorial itu.

Mahkamah memerintahkan Malaysiakini membayar kos RM200,000.

Keputusan majoriti itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Hakim Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim sependapat dengan beliau manakala keputusan minoriti dibuat oleh Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Hakim Ong.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Rahman berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah betul dalam menyatakan bahawa pembelaan pelaporan harus diajukan secara khusus kerana ia berbeza dan terpisah daripada pembelaan Reynolds dalam mempertahankan amalan kewartawanan secara bertanggungjawab.

Pelaporan adalah pembelaan undang-undang umum terhadap tuntutan saman fitnah, biasanya melibatkan organisasi media menerbitkan semula tuduhan yang tidak terbukti mengenai tokoh masyarakat, selagi laporan itu tidak berat sebelah dan demi kepentingan awam.

Pembelaan Reynolds dalam amalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah mesti ada percubaan oleh pihak media untuk menghubungi sebelah pihak lagi, sebelum menerbitkan artikel.

Hakim Abdul Rahman berkata daripada pliding dan kandungan artikel serta video tersebut,  Malaysiakini telah mempercayai kebenaran dan ketepatan tuduhan fitnah itu.

“Tidak ada penegasan dalam pernyataan pembelaan yang menyangkal bahawa mereka menerima kepercayaan tersebut dan bahawa mereka hanya melaporkan dengan cara yang neutral. Oleh itu, elemen penting dalam laporan itu hilang dari pliding, bagi membolehkan perayu (Malaysiakini) untuk bergantung pada pembelaan laporan,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa kehilangan muhibah dapat dipulihkan sebagai komponen ganti rugi fitnah oleh RAGM yang mengalami ketakmampuan bayar. 

Lombong emas tersebut tidak lagi beroperasi selepas pembubaran sukarela.

Hakim Abdul Rahman berkata keputusan majoriti mahkamah memutuskan secara afirmatif mengenai persoalan undang-undang bahawa adalah betul untuk memberikan ganti rugi am bagi kehilangan muhibah dan mewajarkan reputasi kepada RAGM yang telah dibubar secara sukarela oleh pemiutangnya.

Dalam keputusan menentang, Hakim Harmindar Singh berkata keseluruhan berita adalah mengenai kebimbangan yang timbul daripada aktiviti perlombongan emas RAGM yang disedari oleh orang ramai seperti yang telah dibuktikan, didedahkan sejak 1996, iaitu terdapat sekurang-kurangnya 26 artikel dari pelbagai media berita.

“Untuk mengenakan beban kepada media untuk melibatkan pakar bebas sebelum penerbitan, adalah satu tindakan yang berat tetapi juga tidak praktikal kerana fungsi media adalah untuk melaporkan berita tersebut seperti yang disiarkan,” katanya.

Beliau berkata artikel dan video yang dipersoalkan itu, walaupun merosakkan RAGM, adalah mengenai kebimbangan orang awam, seimbang dari segi kandungan dan nada, dan secara kritikal, tidak menegaskan kebenaran tuduhan yang dilaporkan. 

Hakim Harmindar Singh berkata akhbar dan wartawan memainkan peranan penting dalam melaporkan perkara yang menjadi kepentingan awam dan perkara serius yang menjadi perhatian orang ramai, sambil menambah bahawa sebagai jagawan untuk rakyat, kesedaran yang dibangkitkan oleh laporan media akan membangkitkan perlindungan besar kepada masyarakat secara keseluruhan.

“Dalam menjalankan tugas ini, akhbar mungkin kadang-kadang mendapat fakta yang salah.

“Namun, dalam hal-hal kepentingan awam, selagi akhbar memegang kepercayaan yang wajar bahawa penerbitan itu adalah demi kepentingan awam atau penerbitan itu adalah adil, tepat dan tidak memihak kepada pertikaian, akhbar dan wartawan berhak mendapat perlindungan undang-undang,” katanya.

RAGM memfailkan tuntutan saman terhadap Malaysiakini kerana memfitnah berhubung tiga artikel dan dua video yang disiarkan dalam portal Malaysiakini pada 2012 mengenai kebimbangan kesihatan penduduk kampung Bukit Koman di Raub, Pahang, berhubung aktiviti perlombongan emas RAGM.

Pada 23 Mei 2016, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan RAGM terhadap Malaysiakini dan tiga defendan yang lain tetapi pada 11 Jan 2018, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM200,000 dan membayar kos RM150,000.

Sepasukan peguam diketuai Datuk Dr Cyrus Das mewakili Malaysiakini manakala peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak RAGM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan