web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nor Zamani Dilantik Ketua Pengarah Pendidikan, Kuat Kuasa 22 Jun - KPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 6:23PM

Nor Zamani mula berkhidmat dalam bidang pendidikan pada 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan, berkuat kuasa 22 Jun lepas.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Nor Zamani adalah Ketua Pengarah Pendidikan yang ke-18 dan menjadi wanita ketiga dilantik memegang jawatan tersebut.

Menurut KPM, Nor Zamani, yang berusia 59 tahun mula berkhidmat dalam bidang pendidikan pada 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

KPM memaklumkan Nor Zamani telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM dalam tempoh 35 tahun perkhidmatannya dengan jawatan pernah disandang antaranya Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.

Menurut KPM, Nor Zamani, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya.

KPM yakin Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Abdul Rashid Komited Terus Tabur Bakti Kepada MSN

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan