web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekatan Jalan Raya Elemen Utama PKPD Selangor - Arjunaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 6:32PM

Arjunaidi berkata penguatkuasaan akan tertumpu pada kawalan SJR di setiap laluan keluar dan masuk ke sesuatu mukim. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekatan jalan raya (SJR) adalah elemen utama dalam penugasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim dalam Selangor, bermula tengah malam ini.

Serentak dengan itu, kuantiti SJR juga akan ditambah berdasarkan keperluan di setiap mukim yang dikenakan PKPD bagi mengawal pergerakan orang ramai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata elemen itu digunakan, kerana adalah mustahil untuk membuat kawalan menggunakan kaedah lain seperti  pemasangan kawat berduri, yang dilakukan terhadap beberapa lokaliti kecil.

Katanya, PKPD di Selangor merangkumi 34 mukim dengan keluasan yang amat besar justeru SJR adalah jalan penyelesaian paling sesuai.

“Penguatkuasaan akan tertumpu pada kawalan SJR di setiap laluan keluar dan masuk ke sesuatu mukim yang diumumkan sebagai kawasan PKPD.

“Seramai 80 peratus daripada 14,000 pegawai dan anggota Polis Selangor akan terbabit dalam penugasan penguatkuasaan PKPD,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Arjunaidi berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan PKPD.

“Kompaun serta merta akan dikeluarkan kepada mereka yang didapati merentas sempadan tanpa kebenaran, namun bagi yang baru mencuba, akan diminta untuk berpatah balik,” katanya.

PKPD di Selangor membabitkan 34 mukim di lapan daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, dan Hulu Selangor.

Mukim berkenaan adalah Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja (daerah Petaling); Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang, (daerah Hulu Langat); Dengkil; Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang (daerah Gombak).

Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar Jugra, Batu (Daerah Kuala Langat); Kapar, Klang (daerah Klang); Ijok, Bestari Jaya, Jeram (daerah Kuala Selangor) dan Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali (daerah Hulu Selangor). - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan