web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Dibenarkan Dalam Fasa 1 PPN - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 9:07PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengoperasian Pejabat Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan sepanjang tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mengambil kira pejabat itu memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.

Selain itu, Ismail Sabri berkata operasi mahkamah bagi perbicaraan kes jenayah juga dibenarkan sepanjang tempoh yang sama, kecuali di kawasan PKPD.

“Bagi kes sivil termasuk kes tribunal, dibenarkan beroperasi secara dalam talian termasuk di kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan mengenai PPN dan PKPD hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh daripada segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

Jelasnya, sejak 25 Jun sehingga semalam, sebanyak 132,633 premis perniagaan, kilang dan asrama pekerja telah diperiksa dan sepanjang tempoh itu, 726 premis dikompaun manakala 75 lagi diarahkan tutup.

Katanya, semalam sahaja, 2,719 pemeriksaan dibuat ke atas kilang, 15,981 premis perniagaan serta 94 asrama penempatan pekerja dan daripada jumlah itu, lima kilang dan 10 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP.

Dalam kenyataan itu, Ismail Sabri turut mengumumkan PKPD di Rumah Panjang Malang anak Bada, Sungai Bayan, Mukah, Sarawak bermula Ahad ini hingga 17 Julai setelah berlaku peningkatan kes COVID-19 di kawasan terbabit.

Selain itu, turut dikenakan PKPD ialah di kawasan Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur dan Asrama Pekerja di No 1, Jalan Seroja 3/2, Taman Seroja, Sungai Lalang, Kuala Muda, Kedah dan dua lokaliti di Kota Belud, Sabah melibatkan Kampung Siasai Dundau dan Kampung Pantai Emas.

Turut dilaksanakan PKPD bagi tempoh sama ialah di Kampung Naruntung, Pitas, Sabah; Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau, Sabah; Taman Nagasari, Mukim 6, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Kampung Babagon, Penampang, Sabah.

Sementara PKPD di Kampung Gusi Kinarut, Papar, Sabah yang dijadualkan tamat hari ini dilanjutkan sehingga 17 Julai.

Ismail Sabri berkata PKPD di Kawasan Semarak, Tawau, Sabah dan di Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur ditamatkan seperti dijadualkan iaitu pada 11.59 malam ini manakala di PKPD Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan, Sabah ditamatkan esok.

Bagi PKPD di Rumah Panjang Gabriel Bujang anak Ikau, Sungai Lepah, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak dan di Kampung Skim Pamalan, Keningau, Sabah yang masing-masing sepatutnya tamat pada 6 dan 5 Julai, ditamatkan lebih awal iaitu pada 11.59 malam esok.

Beliau berkata 636 individu pula ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam, dengan 597 individu dikompaun manakala 39 direman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan