web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


WARISAN Sedia Khidmat Guaman Jika Kena Kompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 4:31PM

Pelanggan yang dikenakan kompaun kerana 'dine-in' di restoran di Sabah boleh mendapatkan khidmat peguam dari WARISAN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyediakan khidmat guaman untuk orang ramai yang dikenakan kompaun akibat 'dine-in' dalam premis.

Jaminan itu diberikan Naib Presiden parti, Datuk Junz Wong selepas mengambil kira tiada penarikan semula oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengumumkan kebenaran itu pada 28 Jun lalu.

"Ini bermakna pengumuman itu masih terpakai dan orang ramai boleh melakukannya.

"Jika ada yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa (akibat 'dine-in'), hubungi WARISAN dan kami akan sediakan peguam untuk anda termasuk membabitkan saman semula," katanya hari ini.

Junz, bagaimanapun berkata, orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti melakukan daftar MySejahtera, imbas suhu, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup separuh muka ketika tidak makan atau minum.

"Sabah mempunyai hak dan autonomi yang perlu dihormati Putrajaya.

"Justeru, kita perlu berani menegakkan hak selagi kita berada di pihak yang benar," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin membenarkan operasi 'dine-in' di dalam premis di Sandakan bermula hari ini.

"Ia selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Sabah pada Isnin lalu.

"Hanya dua orang untuk satu meja dibenarkan dengan jumlah kapasiti 50 peratus daripada had pengunjung sedia ada," katanya.

Sementara itu, daerah Tawau pula menerusi arahan dalaman PKOB daerah mengarahkan pihak berkuasa untuk tidak mengenakan kompaun ke atas orang ramai, susulan aktiviti 'dine-in' sehingga SOP baharu dikeluarkan.

Awal minggu ini, Hajiji mengumumkan kebenaran terhadap aktiviti sosial seperti 'dine-in', kedai gunting rambut, golf, riadah, gerai sayur, ikan serta buah tepi jalan dan beberapa sektor perkilangan di Sabah, selaras Pelan Pemulihan Negara-Fasa Satu bagi Sabah bermula 29 Jun lalu.

Pengumuman itu menyebabkan kebanyakan pengusaha makanan di negeri ini mula membuka premis mereka untuk dine-in pada keesokan hari, namun, terpaksa menutupnya beberapa jam kemudian selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah masing-masing tidak membenarkannya mereka berbuat demikian.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang medianya pula menegaskan, kerajaan negeri dilarang melonggarkan SOP yang dikeluarkan MKN (Pusat). - Getaran, 3 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan