web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemetaan Terperinci Minggu Pertama PKPD Bantu Kenal Pasti Lokasi Berisiko Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 8:30AM

Pakar perubatan mencadangkan agar PICK dilaksanakan serentak di seluruh lokasi berisiko di Selangor dan Kuala Lumpur, sebaik penduduk kawasan terbabit disahkan negatif menerusi saringan yang dijalankan bagi membendung jangkitan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemetaan terperinci dan tersusun pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Selangor dan ibu kota perlu dilakukan, bagi memudahkan proses mengenal pasti lokasi berisiko tinggi secara tepat dan sistematik.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, usaha itu jika dilakukan pada kadar segera mampu membawa kepada pengesanan awal individu dijangkiti, sekali gus membantu membendung penularan virus.

Langkah ini katanya, dapat menambah keberkesanan pelaksanaan PKPD, agar ia bukan sekadar satu langkah yang sia-sia.

“Kerajaan dicadang menjalankan pemetaan lokasi bagi mengenalpasti lokasi betul-betul berisiko tinggi, misalnya kilang, kediaman dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di dua negeri berkenaan.

“Tumpuan juga perlu diberikan kepada kilang dengan kes jangkitan yang tinggi, bagi memastikan premis itu tidak beroperasi sepanjang PKPD, manakala petugas mereka pula wajib menjalani ujian saringan,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Dr Zainal Ariffin berkata, saringan segera perlu dilakukan sebaik kawasan berisiko tinggi berjaya dikenal pasti.

Bermula semalam sehingga 16 Julai nanti, PKPD dilaksanakan di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di seluruh ibu negara, susulan trend jangkitan yang tinggi di kedua-dua negeri berkenaan.

Keputusan itu yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas mendapati pelaksanaan sekatan penuh PKP gagal membantu menurunkan kadar jangkitan ke paras diharapkan.

Dr Zainal Ariffin menarik perhatian, kerajaan turut dicadangkan mengadakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara serentak di seluruh lokasi berisiko di Selangor dan Kuala Lumpur, sebaik penduduk kawasan terbabit disahkan negatif menerusi saringan yang dijalankan terlebih awal.

“Pemberian secara terus ini akan membantu seramai mungkin rakyat menerima dos masing-masing, dan membantu mengukuhkan usaha membendung peningkatan jangkitan.

“Saya positif jika saranan dilaksanakan, kerajaan akan melihat banyak tindak balas positif dalam tempoh dua minggu, termasuk pengurangan kawasan berzon merah,” katanya, yakin.

Dr Jacob George
Dr Jacob George

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA MALAYSIA), Datuk Seri Dr Jacob George, berkata pelaksanaan PKPD diharap dapat mencegah peningkatan COVID-19 dan membolehkan negara menangani cabaran membendung pandemik berkenaan secepat mungkin.

“Masyarakat perlu faham bahawa keputusan ini diambil selepas kerajaan memantau keadaan di Selangor dan Kuala Lumpur, malah kita dapati data serta sains menunjukkan situasi penularan jangkitan COVID-19 tidak menurun akibat kedegilan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Dibandingkan penduduk di negeri lain, kita dapati penduduknya lebih mematuhi SOP dan amat mendukacitakan apabila kita tidak nampak keadaan ini di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau turut merayu rakyat berganding bahu menuruti SOP sedia ada, termasuk ketika PKPD kerana hanya itu jalan keluar untuk menghentikan COVID-19.

“Kena bekerjasama untuk mencapai stategi membebaskan Malaysia daripada pandemik ini, malah pematuhan kepada SOP adalah demi kebaikan untuk semua.

“CASSA  MALAYSIA menasihatkan dan merayu semua agar bersama-sama memainkan peranan membendung COVID-19, kita jaga kita,” katanya. – Getaran, 4 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad