web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Kekeliruan, Runner Lancar Kempen Kibar Kain Merah Tanda 'Darurat'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 8:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sekumpulan 40 penghantar barang (runner) melancarkan kempen kibar kain merah dalam meneruskan usaha membantu keluarga yang terputus bekalan makanan sekitar daerah ini.

Pemilik Runner EXPRESS, Abdul Razak Juddin, 27, berkata, rutin harian mereka yang perlu menghantar barang kepada pelanggan di kawasan kediaman penduduk menjadi antara kelebihan untuk mengesan individu berkaitan.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama lagi, Runner EXPRESS melancarkan program bantuan kepada orang ramai.

"Ia berkonsepkan sumbangan berkelompok dengan sasaran satu kejiranan atau kampung," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Selaras dengan perkembangan semasa,  Runner EXPRESS mengambil pendekatan menyampaikan bantuan dengan menjadikan individu terjejas sebagai fokus utama, berbanding kumpulan besar seperti sebelum.

Tambah Razak, mereka bertindak mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai bagi membeli barangan keperluan seperti beras, gula, minyak masak dan keperluan asas bayi.

"Selain itu, kami juga sepakat untuk menyumbangkan separuh daripada hasil upah menghantar barang untuk tabung ini.

"Ketika bertugas menghantar barang, Runner akan meninjau kediaman yang memasang kain bendera sebelum mengenal pasti keperluan mereka," katanya.

Maklumat berkaitan katanya, akan dihantar kepada pasukan yang bertugas, untuk memastikan bantuan diperlukan dapat disampaikan kepada penerima. 

Razak berharap menerusi kaedah tersebut, mereka dapat membantu orang ramai yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketika ditanya mengenai penggunaan kain merah berbanding bendera putih sebagai simbolik mendapatkan bantuan, Razak menjelaskan, warna garang itu bagi menggambarkan darurat, bersesuaian dengan keadaan orang ramai yang terputus bekalan makanan dan keperluan.

"Tambahan pula, kain putih juga selalu digunakan sebagai pemberitahuan mengenai kematian, justeru kami tidak mahu ada kekeliruan yang timbul,"  katanya. - Getaran, 4 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan