web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tertekan Hidap Kanser Payu Dara, Gadis Cuba Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 1:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Tertekan selepas disahkan menghidap kanser payu dara, seorang gadis cuba membunuh diri di sebuah rumah di Kampung Jelatok, Bukit Merah di sini malam tadi.

Cubaan itu bagaimanapun berjaya digagalkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berhasil memujuk mangsa agar tidak meneruskan niat tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zin berkata, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan pada jam 11.34 malam sebelum lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, gadis berusia 19 tahun itu didapati sedang berkurung dalam sebuah bilik bersama sebilah pisau.

"Pihak kita dimaklumakan bahawa mangsa berkurung dalam bilik sejak petang semalam kerana tertekan selepas dikesan menghidap kanser payudara.

"Kita cuba memujuk mangsa untuk tindakan awal dan hasil pujukan lebih setengah jam, mangsa berjaya ditenangkan untuk menyerahkan pisau,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Rafain berkata, mangsa kemudiannya menyerahkan pisau menerusi bawah pintu bilik sebelum bomba bersama polis memecahkan pintu bilik untuk menyelamatkan gadis terbabit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Tanah Merah oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan.

"Dia didapati mengalami tekanan perasaan selepas diberitahu oleh pihak hospital bahawa dirinya dikesan menghidap kanser payudara semasa membuat pemeriksaan kesihatan semalam,” katanya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 12.59 tengah malam tadi. – Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan