web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Bersantai Di Luar Balkoni Secara Bahaya, 5 Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 8:06AM

Mohd Padzli Mohd Zain - Gambar dari Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tindakan 'bersantai' dalam keadaan yang boleh mendatangkan bahaya di luar balkoni tingkat 6 di sebuah unit pangsapuri berhampiran Taman Sri Bayu Puteri di sini mengundang padah apabila lima wanita warga Indonesia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kesemua wanita berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Pelangi pada 12.10 tengah hari.

"Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku semalam pada kira-kira 10 pagi dan kita telah membuat serbuan serta menahan wanita warga asing dipercayai suspek yang tular di dalam video berkenaan.

"Semakan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen diri dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular di laman Facebook sebuah video berdurasi tujuh saat memaparkan sekumpulan wanita dipercayai warga asing sedang bersantai di luar balkoni kecil dalam keadaan yang membahayakan keselamatan diri sekali gus mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Kesemua wanita dilihat duduk serta berdiri sambil bersembang sambil membawa minuman dan mereka dipercayai keluar untuk bersantai di balkoni tanpa sebarang pagar itu dengan melalui tingkap bilik di unit berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan