web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDPR: Ibu Bapa Mengadu Tertekan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 10:46AM

Ibu bapa mengadu tertekan dan terpaksa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk melancarkan sesi PdPR. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Selain menyediakan peralatan elektronik, ibu bapa juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi melancarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak mereka.

Pengerusi Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis Profesor Madya Dr Abdul Jalil Ramli berkata kebelakangan ini ramai ibu bapa mengadu bahawa mereka tertekan dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian itu.

“Pada sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah, guru yang akan menerangkan kepada murid tentang sesuatu topik yang tidak difahami murid.

“Namun, tugas guru itu terpaksa dipikul oleh ibu bapa sepanjang PdPR menyebabkan mereka rasa tertekan dengan bebanan baharu itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Jalil berkata antara faktor tekanan ialah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membantu anak, di samping kekurangan masa setelah penat bekerja seharian.

“Bagi membantu ibu bapa, kita (PIBKS) mencadangkan agar pihak terlibat, sama ada Kementerian  Pendidikan (KPM) atau Jabatan Pendidikan Negeri, mengeluarkan modul pembelajaran atau nota bagi setiap mata pelajaran, untuk membantu ibu bapa memahami topik yang diajar pada sesi PdPR,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, ibu bapa juga perlu meningkatkan pengetahuan agar dapat membantu anak-anak.

“Saya tidak nafikan bahawa ini bukan satu perkara yang mudah bagi ibu bapa, terutama bagi mereka yang kurang berpengetahuan, namun keadaan sekarang mendesak untuk mereka berkorban demi masa hadapan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis Naemah Ibrahim tidak menafikan pihaknya ada menerima panggilan daripada ibu bapa yang menzahirkan rasa tertekan dengan PdPR  dan mendapatkan bantuan perkhidmatan tele kaunseling.

Beliau menjelaskan tekanan timbul kerana ibu bapa yang bekerja dari rumah terpaksa menguruskan dua perkara dalam satu masa, iaitu urusan kerja dan PdPR.

Di samping itu, terdapat juga keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan peranti yang sesuai untuk anak-anak mereka mengikuti pelajaran secara dalam talian, katanya.

Berkongsi pengalaman, seorang penjawat awam Norhafizah Saidin, 50, berkata beliau risau dengan kesihatan dan tekanan yang dihadapi anaknya sepanjang mengikuti PdPR, kerana melibatkan masa yang panjang berbanding kelas harian.

“Walaupun pembelajaran itu penting, kesihatan fizikal dan emosi juga penting...disebabkan pandemik COVID-19, saya tidak benarkan anak saya bermain di luar bersama rakan kerana bimbang risiko jangkitan.

“Banyak masa dihabiskan di rumah dengan mengikuti kelas PdPR, bermula seawal 7 pagi hingga lewat petang, saya bimbang situasi ini akan menjejaskan kesihatan mental anak kerana hanya terkurung di rumah,” kata ibu kepada seorang murid Tahun Enam itu.

Justeru, beliau berharap agar pihak sekolah dapat mengurangkan bebanan kerja rumah selain mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif bagi mengurangkan tekanan kepada murid. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad