web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesawat Penumpang Terhempas Di Rusia, Kesemua 28 Penumpang Dikhuatiri Terbunuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 2:51PM

Pesawat An-26 sama jenis dengan yang terhempas di timur Rusian - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Kesemua penumpang pesawat Rusia An-26 dikhuatiri terbunuh selepas pesawat itu terputus hubungan pada Selasa ketika dalam penerbangan dari bandar Petropavlovsk-Kamchatsky ke kampung Palana, di timur Rusia.

Sputnik melaporkan bangkai pesawat dijumpai di tebing sepanjang perairan di Palana, usaha mencari dan menyelamat tergendala berikutan masalah cuaca.

Sebaik kapal terbang terputus hubungan kira-kira sembilan kilometer sebelum tiba ke destinasi, perkhidmatan penyelamat Rusia segera menghantar dua helikopter dan sebuah pesawat khas untuk mengesan pesawat berkenaan.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, Rosaviatsiya, berkata pesawat mengalami kesukaran ketika hendak mendarat berikutan kabus tebal, menimbulkan keraguan bahawa An-26 dapat mendarat dengan selamat.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat malang berkenaan membawa 28 penumpang termasuk seorang kanak-kanak, dan enam anak kapal.

Tiga pegawai pentadbiran desa Palana dan ketuanya, Olga Makhireva, turut berada di dalam pesawat.

Operasi mencari turut disertai Armada Pasifik Rusia dan pasukan penyelamat pihak berkuasa berkaitan.

Selepas kira-kira dua jam pesawat dilaporkan terputus hubungan, perkhidmatan kecemasan mengumumkan lokasi nahas sudah dikesan.

Menurut Rosaviatsiya, pesawat peronda maritim Il-38 Armada Pasifik mengesan serpihan bangkai pesawat An-26 pada 0906 GMT dan pada 12.06 waktu Moscow, pasukan mencari mengesahkan lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari landasan.

Pasukan penyelamat merumuskan kemungkinan besar, semua penumpang pesawat terbunuh.

Bagaimanapun, belum ada mayat yang dijumpai dan juga kotak hitam. Operasi mencari akan disambung pada Rabu yang turut disertai anggota penyelam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

3

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Bila Iman Teguh Di Dada...

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan