web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

Filem cereka berbahasa Inggeris ini hasil arahan pengarah dari Poland, Patryk Vega dari AIO Studios

Filem & TV Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 4:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Patryk Vega adalah pengarah filem dari Poland yang filemnya telah berjaya menarik minat berterusan selama bertahun-tahun. Beliau gemar memilih topik sukar dan kontroversi, dalam masa yang sama memaparkan isu terkini. Karya terbaharunya adalah filem berunsurkan politik mengenai Vladimir Putin.

Sebagai salah seorang pengarah paling popular dalam industri filem kontemporari di Poland, karya terbaharu ini sudah pasti mengundang perhatian di peringkat antarabangsa kerana ia mengenai tokoh yang digeruni ramai serta dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

Memakai judul ‘Putin’, filem tersebut memaparkan kehidupan presiden Rusia dari zaman kanak-kanaknya yang dibelenggu dengan keganasan, sehinggalah pencerobohan yang tidak berasas terhadap Ukraine. 

Putin pasti mengundang pelbagai kritikan dan kontroversi sebaik sahaja ia dilancarkan di peringkat antarabangsa pada musim bunga yang akan datang.

"Filem kami adalah biografi yang belum pernah diterbitkan sepanjang tempoh 60 tahun kehidupan Putin. Kisah ini bermula ketika Putin berusia 10 tahun dan berterusan sehingga beliau mengharungi kerjaya politiknya.

“Ia memaparkan konflik bersenjata di Chechnya, serangan pengganas di Teater Dubrovka atau Beslan dan peristiwa paling tragis di Ukraine, seperti yang berlaku di Bucha, Irpin dan Mariupol," ujar Vega ketika mengulas mengenai filem itu.

Mengenai penggunaan teknologi AI, Vega memberitahu ia agak sukar kerana pihaknya tidak mampu membawa Putin untuk hadir ke studio untuk melatih kecerdasan buatan menirunya dengan sempurna. 

“Ini adalah berdasarkan algoritma kecerdasan buatan dan membolehkan peletakan imej individu lain pada wajah pelakon. Memang agak sukar kerana sememangnya jelas yang kami tidak dapat meminta Putin datang ke studio untuk melatih kecerdasan buatan bagi menirunya dengan sempurna.”

“Material dari Kremlin juga tidak mencukupi untuk meniru rupa paras dalam resolusi gred pawagam. Kami bernasib baik dan akhirnya berjaya melakukannya selepas lapan bulan mencuba," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau menekankan bahawa ‘Putin’ hasil garapannya akan memaparkan perkara utama kepada khalayak barat untuk memahami Rusia kontemporari.

"Cita-cita saya adalah menterjemahkan budaya Timur kepada bahasa Barat dengan cara yang boleh difahami oleh seluruh dunia,” katanya.

Buat masa ini, filem tersebut hanya ditayangkan secara tertutup untuk wakil industri filem.

Pra pelancaran telah ditayangkan ketika Pasaran Filem Amerika di Santa Monica, acara industri filem antarabangsa utama, di mana ia berjaya menarik minat pengedar filem asing.

‘The Hollywood Reporter’ telah menulis bahawa filem tersebut adalah satu daripada tayangan perdana akan datang yang paling penting.

Dikhabarkan baru-baru ini terdapat adegan dalam filem itu yang telah ditayangkan di Ukraine, dan ia telah membangkitkan reaksi tegang dalam kalangan penonton. – Getaran, 12 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara