web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Cadang Saman Naz Empire Terhadap Awal Ashaari Selesai Secara Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 5:02PM

Awal Ashaari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan supaya kes saman sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai dan dekorasi rumah terhadap personaliti televisyen Awal Ashaari diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Nurshafiqa Balqish Jaffri yang mewakili Naz Empire Sdn Bhd ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache secara dalam talian hari ini yang turut disertai peguam Muna Farhana Zainuddin mewakili Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari.

Nurshafiqa Balqish berkata Hakim Ahmad mencadangkan supaya kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

“Mahkamah juga membatalkan saman terhadap dua lagi defendan dalam kes saman itu iaitu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli selepas plaintif (Naz Empire) memfailkan notis untuk tidak meneruskan saman terhadap mereka kerana penyelesaian telah dibuat di luar mahkamah,” katanya yang turut memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 3 September depan.

Pada 13 November tahun lepas, Naz Empire telah memfailkan saman terhadap Awal dan dua rakan kongsi perniagaan atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise iaitu Nawal Yasmin Mat Noh serta Muhammad Hilmi Zulkifli kerana didakwa memfitnah syarikat itu berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti tersebut.

Menurut Naz Empire dalam pernyataan tuntutannya, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi menjalankan perniagaan secara perkongsian atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise dan didakwa sering berkongsi siaran-siaran gambar atau video berkaitan ubah suai atau dekorasi rumah dalam laman media sosial Instagram mereka @houseofsix.my.

Syarikat itu mendakwa kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan selepas defendan pertama (Awal) membayar deposit sebanyak RM100,000 menerusi dua transaksi pada Ogos 2019 dan sekitar 3 Sept 2019, dan plaintif mendakwa defendan menyatakan bahawa beliau mahukan ‘sky roof’ dan tambahan tingkap di dapur rumah baharunya itu.

Ini menyebabkan plaintif memberi sebut harga baharu kepada defendan pertama untuk kos pengubahsuaian sebanyak RM7,500.

Dakwa plaintif, Awal secara tiba-tiba menimbulkan pelbagai isu dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap hasil atau kualiti kerja plaintif dan memberhentikan syarikat terbabit daripada terus membuat kerja pengubahsuaian serta meminta memulangkan semula wang deposit sebanyak RM100,000.

Plaintif mendakwa, Awal telah memulakan siri fitnah secara berterusan terhadap plaintif dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya serta telah memuat naik satu siaran fitnah melalui siaran YouTube di pautan dengan nama pentas ‘SchaAwal’ bagi tujuan sama.

Naz Empire telah mengemukakan saman berjumlah RM3 juta terhadap Awal kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Politik 9 bulan yang lalu

Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rayuan Amelia Henderson Terhadap A. Aida Didengar 24 Oktober

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan