web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Panglima Angkatan Tentera, Mohd Ghazali Che Mat Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 7:44AM

Gambar dari Facebook Angkatan Tentera Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Angkatan Tentera kelapan Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, 90, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, petang semalam.

Bahagian Hal Ehwal Awam-J7, Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan malam tadi memaklumkan jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan, pagi ini dengan pematuhan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Taman Perumahan AU setelah selesai solat jenazah di masjid berkenaan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Allahyarham yang lahir pada 17 Dis 1930 mula menyertai ATM pada 1953 sebelum bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 1987.

Sebelum itu, Allahyarham pernah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 1983 dan turut memegang beberapa jawatan lain ketika berkhidmat antaranya Ketua Turus Jabatan Perisikan, Pengarah Pasukan Petugas VII Jabatan Perdana Menteri, Komander Pertama Briged Infantri ke-9 dan Atase Tentera Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Selepas bersara, Mohd Ghazali dilantik sebagai pengerusi di sebuah akhbar penerbitan tempatan selain menjadi pengerusi sebuah syarikat di bawah Kementerian Pertahanan sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Julai 2019.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan seluruh warga ATM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan