web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HTAR Sesak, ATM Bina Hospital Medan Untuk Bantu - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 8:09PM

Hospital medan ATM akan dibuka di HTAR selepas tular di media sosial mengenai situasi kritikal pelsakit COVID-19 yang terpaksa ditempatkan di luar Jabatan Kecemasan HTAR akibat penggunaan katil melebihi tahap maksimum.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kurang 24 jam selepas media melaporkan situasi kritikal dialami puluhan pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat kekurangan kemudahan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk membina kemudahan baharu di situ bagi mengatasi isu terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebuah Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibuka di HTAR, bertujuan menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor.

Katanya, keputusan pembukaan hospital itu yang dibuat pada sidang khas MKN hari ini adalah bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri berkenaan secara lebih berkesan.

"Sehingga kini, KKM mengesahkan purata kes harian di Selangor dalam tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan trend peningkatan secara mendadak dengan jumlah kluster yang semakin meningkat.

"ATM juga memberi jaminan bahawa pihaknya sentiasa komited dan bersiap-siaga jika ada keperluan untuk membina hospital medan di negeri yang memerlukan khidmat sokongan kesihatan, demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, mesyuarat turut bersetuju untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di

Melaka atas tujuan sama.

Getaran semalam melaporkan, puluhan pesakit COVID-19 terpaksa ditempatkan di luar  Jabatan Kecemasan HTAR apabila penggunaan katil melebihi tahap maksimum.

Senario terbabit dikongsikan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika dihubungi selepas beliau mendedahkan situasi  menyedihkan itu menerusi satu ciapan di Twitter dan hantaran di Facebook.

Menurut Charles, aduan yang diterima daripada orang awam dan keluarga pesakit menyatakan, mereka tidak pasti selama mana keadaan seumpama itu akan berlarutan, berikutan kapasiti katil di hospital tersebut sudah mencecah 100 peratus.

Lebih menyedihkan katanya, ada dalam kalangan mereka mengalami kesukaran bernafas dan komplikasi paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen. – Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan