web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Penipuan Jual Durian Dalam Talian, FAMA, Shopee Bekerjasama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:23AM

E-Fiesta Durian, kerjasama antara Shopee dan FAMA akan diadakan untuk tahun ke-2 dengan 211 penjual durian terlibat. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif penjual durian memilih memasarkan jualan mereka secara dalam talian kerana jangkaan kemuncak musim pada pertengahan bulan Julai, menyebabkan kes penipuan atau scam melibatkan raja buah itu muncul.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang membeli dari Shopee tidak perlu bimbang kerana platform e-dagang akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memperkasakan pekebun dan penjual durian yang sah melalui kempen e-Fiesta Durian. 

Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata kerjasama itu telah mendigitalkan 211 penjual durian dan telah membantu dalam persediaan mereka menjelang kempen e-Fiesta Durian.

"Kami difahamkan terdapat banyak penipuan berkaitan durian di media sosial dan kami di sini untuk memberi jaminan kepada pengguna supaya tidak takut kerana semua transaksi di Shopee dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee kami," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau menambah, polisi itu akan memastikan Shopee menahan bayaran secara escrow sehingga pembeli mengesahkan bahawa barangan yang diterima adalah tulen dan dalam keadaan baik sebelum wang itu dikeluarkan kepada penjual.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata dalam proses mereka untuk menormalkan penjualan dan pembelian produk pertanian secara dalam talian akibat pandemik ketika ini, ia telah bekerjasama dengan Shopee untuk meneruskan e-Fiesta Durian mereka untuk tahun kedua.

"Berdasarkan rekod kempen bersama kami sebelum ini, kerjasama antara FAMA dan Shopee mencatatkan pulangan pelaburan sehingga lapan kali ganda yang secara langsung memberi manfaat kepada pekebun dan penjual durian," katanya.

Kempen e-Fiesta Durian akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai dengan baucar diskaun menarik sehingga 50 peratus, diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM60 dan potongan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM100 yang boleh dituntut melalui mikrosit eFAMAPLACE.

Layari mikrosit eFAMAPLACE melalui portal dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau lawati - https://shopee.com.my/m/efama - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan