web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Titah Rakyat Hayati Khutbah Larangan Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 5:46PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyeru umat Islam di Selangor agar memahami dan menghayati intipati khutbah Jumaat mengenai bunuh diri yang dibacakan oleh khatib di masjid-masjid seluruh negeri itu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin mengingatkan semua umat Islam bahawa dalam Islam, membunuh diri adalah perbuatan dosa besar yang dilarang oleh syarak dan terdapat hadis yang secara spesifik menyebut bagaimana azab seksa yang dikenakan kepada orang yang membunuh dirinya di akhirat nanti.

Baginda berpandangan isi kandungan khutbah minggu ini yang bertajuk ‘Tuntutan Memelihara Nyawa’, susulan laporan peningkatan kes bunuh diri, amat perlu diketengahkan untuk diambil sebagai pedoman dan pengajaran oleh umat Islam, menurut kenyataan itu.

Titah baginda, Allah melarang hamba-Nya daripada membunuh diri kerana diri mereka adalah milik-Nya, bukan milik mutlak diri mereka sendiri, maka membunuh diri bermakna mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Antara intipati khutbah pada hari ini adalah individu Muslim perlu memantapkan keimanan agar perbuatan bunuh diri tidak menjadi satu penyelesaian bagi masalah kehidupan apabila berputus asa.

Khatib juga meminta agar semua pihak memberi sokongan kepada masyarakat yang hidup dalam keadaan tertekan sehingga sanggup mengambil tindakan nekad membunuh diri.

Pimpinan masyarakat, komuniti, badan bukan kerajaan dan individu juga perlu tampil dengan idea dan cadangan untuk membantu dan menyokong masyarakat yang terkesan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan